CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3823|Reply: 0

[Kelantan] Nahas bas ekspres: Makan durian kunyit bersama keluarga jadi kenangan terakhir

[Copy link]
Post time 21-9-2023 12:30 PM | Show all posts |Read mode

NORBI menunjukkan gambar arwah adiknya, Mohd Shukri, anggota BBP Kuala Krai. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Kuala Krai: "Ketika mendapat kepastian adik meninggal dunia dalam kemalangan bas ekspres, tubuh saya menggeletar dan terasa bagaikan bermimpi," kata Norbi Mat Nor, 58.

Norbi adalah kakak kepada anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Mohd Shukri Mat Nor, 55, yang maut selepas bas ekspres dinaiki terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 81, Jalan Lipis-Merapoh di Kampug Kubang Rusa di Merapoh awal pagi tadi.

Dalam kemalangan 1.55 pagi itu, pemandu bas, Ab Aziz Daud, 56, dan seorang warga Bangladesh, Hossain Kamal, 41, turut meninggal dunia.

Menurut Norbi, mulanya dia menerima panggilan telefon daripada salah seorang adiknya di Kuantan memaklumkan mengenai kemalangan menimpa arwah, namun dia tidak percaya dan mengambil keputusan menghubungi seorang lagi adiknya di Kuala Lumpur.

"Selepas mendapat kepastian, saya yang tinggal di Kampung Raja, Besut terus bergegas ke rumah arwah dan ketika sampai di rumahnya di Guchil, semua ahli keluarga arwah di Unit Forensik Hospital Kuala Lipis bagi urusan bedah siasat.

"Kali terakhir, saya berjumpa dengan arwah tiga minggu lalu dan ketika itu arwah sempat membeli durian kunyit untuk dinikmati kami anak-beranak ketika berkumpul di kebun. Itulah kenangan terakhir saya bersama arwah," katanya ketika ditemui di Guchil, di sini, hari ini.

Katanya, arwah adalah seorang yang baik dan bersikap bersahaja menyebabkan ramai selesa berkawan dengannya selain mempunyai ramai kenalan tidak mengenal pangkat.

"Dalam keluarga kami, selain arwah yang berkhidmat sebagai anggota bomba, dua adiknya juga berkhidmat dalam pasukan berkenaan termasuk anak arwah yang juga pasangan kembar dan bertugas sebagai bomba bantuan di BBP Kuala Krai," katanya.

Sementara itu, rakan arwah, Rosli Kadir, 53, yang juga berkhidmat di BBP Kuala Krai berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah adalah pada 1993 ketika mereka menyertai latihan bomba di Ipoh, Perak.

"Sebaik tamat latihan, kami masing-masing ditempatkan di balai yang berasingan sehinggalah pada Jun lalu saya ditukarkan ke BBP Kuala Krai dan berjumpa dengan arwah selepas 30 tahun.

"Pada Isnin lalu, saya dan arwah sempat makan di sebuah kedai, namun sepanjang perbualan kami, arwah bercakap seperti biasa selain tidak nampak perubahan pada sikapnya.

"Arwah dijangka bersara pada Januari tahun depan," katanya.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kenor selepas Isyak.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... i-kenangan-terakhir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.099675 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list