CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2867|Reply: 0

[Kelantan] Pemborong, peniaga putus bekalan beras tempatan lebih sebulan lalu

[Copy link]
Post time 21-9-2023 03:46 PM | Show all posts |Read mode

Pekerja kedai borong My Bistari Resources sibuk menyusun bekalan beras import ketika tinjauan di Kubang Keranji Pasir Tumboh. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Pemborong dan peniaga di sekitar daerah ini mendakwa mereka sukar mendapatkan bekalan beras putih tempatan sejak lebih sebulan lalu

Pemilik kedai borong, Kimi Md Rowai, 33, berkata kedainya hanya ada bekalan beras import dan harganya pula naik antara RM6 hingga RM10 untuk pek lima dan 10 kilogram.

"Saya sebagai pemborong juga sudah membuat tempahan untuk mendapatkan beras tempatan, namun bekalan tidak sampai kerana ia mungkin tidak cukup atau tidak ada.

"Namun, beras import tiada masalah bekalan dan pembeli tidak ada pilihan apabila mereka terpaksa membeli bekalan beras ini untuk keperluan keluarga," katanya ketika ditemui di Kubang Keranji di Pasir Tumboh di sini, hari ini.

Pemilik kedai runcit, Ismail Hassan, 63, berkata sebagai peniaga dia terpaksa mengeluarkan modal yang besar untuk membeli beras yang dijual di kedainya.

Katanya, sebelum ini dia tiada masalah mendapatkan bekalan beras tempatan, namun kini hanya ada bekalan beras import dan harganya juga melambung.

"Ramai pembeli yang kebanyakan orang kampung bekerja sendiri merungut kerana sukar untuk membeli beras tempatan.

"Namun, mereka tidak ada pilihan kerana terpaksa juga beli beras import yang harganya kini tinggi sekali gus membebankan kewangan mereka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -lebih-sebulan-lalu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.040625 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list