CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 658|Reply: 0

[Kelantan] 4 guni pil kuda bernilai RM2.57 juta dalam bonet kereta

[Copy link]
Post time 27-9-2023 03:18 PM | Show all posts |Read mode

Kota Bharu: Penganggur ditahan bersama 234,000 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM2.57 juta dalam sebuah kenderaan di Pasir Mas, dekat sini.

Tangkapan dibuat jam 11 malam Sabtu lalu oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dalam Op Tapis Khas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ketika serbuan, suspek sedang berdiri di luar kereta jenis Proton Perdana dipercayai menunggu pelanggan.

"Pemeriksaan di bahagian bonet kereta menjumpai empat bungkusan guni berwarna putih mengandungi 234,000 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM2.57 juta," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, ujian saringan yang dibuat terhadap lelaki berusia 26 tahun itu bagaimanapun negatif dadah dan suspek juga tidak memiliki sebarang rekod lampau.

Menurutnya lagi, pil kuda itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan dan pihaknya sudah mengenalpasti serta sedang mengesan pembeli dadah terbabit.

"Kita juga membuat siasatan lanjut sama ada terdapat rangkaian kumpulan lain juga terbabit dengan pengedaran dadah itu.

"Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 24 hingga 30 September untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan," katanya.

Dalam perkembangan sama, seramai 620 individu berusia antara 16 hingga 60 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Tapis Khas yang dilancarkan bermula 13 hingga 26 September di seluruh negeri.

Muhamad Zaki berkata, sebanyak 512 kes dicatatkan dengan rampasan dadah sebanyak RM2.78 juta dihasilkan manakala jumlah sitaan pula RM121,114.18.

"Jumlah dadah yang dirampas ini jika berjaya diedarkan, boleh digunakan oleh seramai 250,286 penagih," katanya.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun (kanan) bersama pegawainya menunjukkan rampasan 234,000 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM2.57 juta dalam sebuah kenderaan di Pasir Mas ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dalam-bonet-kereta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.067976 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list