View: 1171|Reply: 0
|
[Selangor]
Parah dihempap pokok ketika mandi di Air Terjun Batu Bertenggek
[Copy link]
|
|
Anggota bomba dalam proses mengeluarkan tiga individu yang dihempap pokok setinggi 10 meter ketika mandi-manda di Air Terjun Batu Bertenggek, hari ini. FOTO HSAN BOMBA
Hulu Selangor: Seorang parah, manakala dua cedera ringan selepas pokok setinggi 10 meter menghempap mereka di Air Terjun Batu Bertenggek, di sini, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Khairunnisa Mohd Khaiyazi, 24, Amirul Wahyudin Mohd Din, 24 dan Amirah Batrisyia Adam Khan, 21.
Khairunnisa mengalami kecederaan di pergelangan kaki kanan, pinggang dan muka, Amirul Wahyudin cedera di bahu kanan, siku kanan dan belakang badan manakala Amirah Batrisyia pula cedera ringan di kaki kiri.
Difahamkan, mereka datang dari Shah Alam untuk mandi-manda di lokasi kejadian.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.59 pagi dan sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke tempat kejadian.
"Menurut laporan awal, pokok tumbang ke arah sungai dan menghempap tiga individu.
"Kesemua mangsa tersepit di bawah pokok itu selama kira-kira 15 minit
"Jarak dari tempat kejadian ke kawasan parkir ambulans dan jentera dianggarkan kira-kira satu kilometer," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jun-batu-bertenggek |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|