CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3749|Reply: 0

[Selangor] Dendam dipukul dahulu punca pemandu lori ditetak kenalan

[Copy link]
Post time 28-9-2023 03:53 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

AMPANG – Dendam lama akibat sering dipukul mangsa dipercayai punca seorang lelaki bertindak menetak kenalannya dengan sebilah parang di sebuah rumah di Pandan Perdana Jalan Perdana 9/10 Pandan Perdana, kelmarin.

Bagaiamanpun, tindakan lelaki tersebut mengundang padah apabila diberkas sepasukan polis di dalam sebuah kereta berhampiran Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima aduan daripada isteri mangsa berhubung kejadian itu, kelmarin.

Katanya, mangsa memaklumkan kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp bahawa dia diserang seorang lelaki.

“Mangsa yang merupakan pemandu lori mengatakan suspek menyerang menggunakan parang. Serangan terhadap lelaki berusia 43 tahun itu berlaku semasa dirinya berada di rumah lama di Pandan Perdana Jalan Perdana 9/10 Pandan Perdana, di sini untuk mengambil surat.

“Mangsa mengalami kecederaan di pergelangan tangan dan dua kesan tetekan di belakang badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa yang cedera ditetak telah menerima rawatan di Hospital Ampang.

Bertindak diatas laporan, Mohd Azam memaklumkan sepasukan polis berjaya memberkas suspek berhampiran Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur, semalam.

“Penangkapan suspek dibuat pada pukul 12.30 tengah malam, apabila lelaki yang bekerja sebagai pengutip sampah itu berada di dalam sebuah kereta.

“Turut dirampas sehelai baju berwarna putih dan sebilah parang berhulu hitam yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 10 rekod lampau kesalahan jenayah tidak dikehendaki dan positif dadah jenis Methamphetamine, AMP, THC. Punca kejadian dipercayai akibat dendam lama yang mana suspek mendakwa sering dipukul mangsa dan rakan yang lain,” katanya.

Jelas Mohd Azam, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Selasa hadapan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 307 Kanun keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda dan jika ia menyebabkan cedera hendaklah pemenjaraan yang boleh sampai 20 tahun,” katanya.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... ri-ditetak-kenalan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25834 Replies : 276
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 2728 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188502 Replies : 8469
‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-takut beritahu saya’ - Shuib
Raline‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-t
Views : 6162 Replies : 36
Harith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Isu Komen ‘Ham’ Persenda Nabi
RalineHarith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Is
Views : 15526 Replies : 73
Rakan sekelas cemburu, depan Thalita pura-pura baik
RalineRakan sekelas cemburu, depan Thalita pur
Views : 6410 Replies : 29
50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi
maklukpenggoda50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengara
Views : 7772 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.036948 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list