View: 4218|Reply: 0
|
[Selangor]
UiTM catat rekod MBR, gotong royong serentak di 34 kampus
[Copy link]
|
|
DR Roziah (tengah) menerima Sijil Malaysia Book of Records daripada wakil Malaysia Book of Records, Mohamad Nazrul selepas merekodkan jumlah peserta teramai sebanyak 35,685 termasuk kakitangan, pelajar serta orang awam menyertai Program Gotong Royong Perdana ‘Kita Kampus dan Alam’ di UiTM Shah Alam. FOTO Faiz Anuar
Shah Alam: Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) menerusi Program Gotong-Royong Perdana 'Kita, Kampus dan Alam' yang diadakan serentak di 34 kampus universiti itu di seluruh negara, hari ini.
Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor, berkata menerusinya, UiTM merekodkan penyertaan daripada 35,685 orang yang terdiri pelajar, kakitangan dan orang awam yang mana sasaran awal penyertaan adalah 25,000 orang.
"Saya sangat teruja dengan program ini yang dianjurkan oleh Jabatan Infrastruktur UiTM, Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
"Ini adalah cabaran yang diberikan kepada kami oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose yang mana beliau mahu universiti membawa konsep gotong royong dalam aspek harian dan menceriakan kampus. Alhamdulillah, ini berjaya dilaksanakan.
"Beliau juga ada menyebut bahawa program seperti ini wajar diteruskan dan insya-Allah sebagai Naib Canselor, saya akan memastikan pihak pengurusan terus melaksanakan program ini secara berkala," katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM dekat sini, hari ini.
Terdahulu, Roziah menerima sijil yang disampaikan wakil MBR, Mohamad Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi selepas selesai program gotong royong berkenaan.
Mengulas lanjut, Roziah berkata, program gotong royong itu diadakan serentak dengan Minggu Destini Siswa yang mana 30,000 pelajar baharu terbabit dalam program berkenaan.
"Pada pelaksanaan program ini tahun hadapan, mungkin kita akan membabitkan lebih ramai pelajar dan kakitangan.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada 603 orang awam yang sudi menyertai program gotong royong kita hari ini," katanya.
Beliau berkata, UiTM sudah mencatatkan 11 rekod dalam MBR sejak 2002 yang mana ia adalah salah satu cara untuk menonjolkan UiTM.
Katanya, sebelum program gotong royong, rekod terbaharu yang dicatatkan adalah Penganugerahan Sejuta Skrol pada Istiadat Konvokesyen universiti itu pada Mei lalu.
"Segala pencapaian ini membuktikan kita warga UiTM mampu mencapai kejayaan jika kita kehendaki. Rekod ini juga menjulang nama universiti seiring dengan agenda Pelan Strategik UiTM 2025," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rentak-di-34-kampus |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|