CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4330|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Perniagaan mikro, kecil terus nikmati urus niaga kos sifar melalui QR Duitnow

[Copy link]
Post time 30-9-2023 11:33 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Bank-bank utama dan penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank akan mengecualikan yuran transaksi untuk perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran DuitNow QR, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Perniagaan mikro dan kecil akan terus menikmati transaksi kos sifar , manakala bagi pelanggan individu, penggunaan DuitNow QR untuk membuat pembayaran tidak akan dikenakan caj tambahan.

BNM menekankan DuitNow QR kekal sebagai kaedah pembayaran yang berpatutan serta kos efektif.

"Bagi perniagaan, sebarang yuran transaksi yang dikenakan ke atas bayaran QR kekal serendah, atau lebih rendah daripada, yuran yang dikenakan ke atas pembayaran menggunakan kad debit.

"Perniagaan menggunakan DuitNow QR sebagai kaedah pembayaran juga tidak perlu menanggung kos berulang untuk penyewaan terminal tempat jualan (POS) bagi saluran pembayaran berasaskan kad atau kos overhed dan tambahan pentadbiran untuk pengendalian pembayaran tunai," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan untuk menangani kebimbangan mengenai pengenaan yuran urus niaga oleh beberapa pemeroleh ke atas perniagaan yang menerima pembayaran DuitNow QR mulai 1 Oktober 2023, berikutan tamatnya penepian yuran sementara yang diperkenalkan pada 2019.

Yuran transaksi itu bertujuan menampung kos termasuk pelaburan yang diperlukan oleh industri dalam mengekalkan sistem pembayaran mereka, selain keselamatan siber dan kawalan pencegahan penipuan, bagi mengekalkan standard perkhidmatan serta keselamatan yang tinggi untuk perkhidmatan pembayaran

Sementara itu, BNM menjelaskan industri akan mengambil langkah dalam meminimumkan potensi kesan yuran transaksi ke atas perniagaan kecil.

Bank-bank utama serta penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank terpilih, yang menguruskan 75 peratus perniagaan yang kini menerima pembayaran DuitNow QR, telah mengumumkan bahawa mereka akan terus mengetepikan yuran transaksi untuk perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran DuitNow QR.

Di samping itu, pengendali DuitNow QR, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), akan memperuntukkan sumber untuk membantu membiayai kos yang ditanggung oleh pemeroleh yang terus menawarkan pengecualian penuh kepada perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran DuitNow QR.

"Bersama-sama, langkah ini akan membolehkan perniagaan mikro dan kecil terus menikmati perkhidmatan pembayaran DuitNow QR pada kos sifar, sambil memastikan perkhidmatan pembayaran QR kekal cekap, boleh dipercayai serta selamat kepada semua pengguna.

"BNM kekal komited sepenuhnya untuk menyokong penggunaan meluas digital pembayaran di Malaysia melalui ekosistem pembayaran yang bertenaga, selamat dan inklusif yang juga mampan dalam jangka panjang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... os-sifar-melalui-qr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25834 Replies : 276
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 2728 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188502 Replies : 8469
‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-takut beritahu saya’ - Shuib
Raline‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-t
Views : 6162 Replies : 36
Harith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Isu Komen ‘Ham’ Persenda Nabi
RalineHarith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Is
Views : 15526 Replies : 73
Rakan sekelas cemburu, depan Thalita pura-pura baik
RalineRakan sekelas cemburu, depan Thalita pur
Views : 6410 Replies : 29
50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi
maklukpenggoda50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengara
Views : 7772 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.038463 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list