CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2976|Reply: 0

[Terengganu] Muroh dooh! Ikan selayang RM4 satu kilogram

[Copy link]
Post time 10-10-2023 04:50 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai memilih ikan segar yang baru tiba di Kompleks Perikanan LKIM Kuala Besut, hari ini. FOTO Nurul Fatihah Sulaini

Besut: Bagi mendapatkan bekalan ikan segar dengan harga murah orang ramai sanggup menunggu pada 7 pagi untuk membeli ikan terus daripada pemilik bot nelayan.

Tinjauan di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besut mendapati suasana pada waktu pagi meriah dengan aktiviti jual beli hasil tangkapan laut yang baru sampai ke jeti berkenaan.

Seorang pembeli Wan Rosnah Wan Ismail, 62, dari Kampung Pak Wong berkata, dia bersama keluarga akan datang dua atau tiga kali sebulan untuk membeli ikan segar serta hasil laut lain di kompleks berkenaan.

Menurutnya, lokasi rumah yang berhampiran dengan jeti itu kira-kira 14 kilometer memberi kelebihan kepadanya mendapatkan bekalan ikan segar dengan mudah.

"Memang puas hati membeli ikan di sini berbanding tempat lain kerana harga murah, segar serta boleh pilih sendiri mengikut citarasa kita.

"Hari ini saya beli empat kilogram (kg) ikan dengan harga bawah RM30, jika dibeli di luar daripada kompleks perikanan harga akan meningkat berkali ganda.

"Ikan selayang satu kg RM4, Ikan aya (tongkol) dua kg RM10 dan ikan selar satu kg RM15," katanya ketika ditemui di Kompleks Perikanan LKIM Kuala Besut di sini, hari ini.

Pemilik bot nelayan, Mohamad Arkan Abdul Rashid, 43, berkata, harga ikan selayang boleh dijual dengan harga borong serendah RM3.50 untuk ikan bersaiz kecil kira-kira 17 ekor bagi sekilogram.

Katanya, apabila bekalan ikan banyak harga ikan akan mula mengalami penurunan antara RM4 hingga RM5 bagi setiap kilogram.

"Sebagai contoh musim sekarang bulan Oktober ini hampir masuk musim tengkujuh hasil ikan kebiasaannya akan banyak bukan sahaja di kawasan Besut tetapi juga di Dungun serta di Kuantan, Pahang.

"Antara spesies ikan yang mengalami penurunan harga ikan selar dijual RM15 untuk sekilogram harga borong, ikan aya RM5 sekilogram harga borong.

"Namun spesies ikan tenggiri harga tidak mengalami penurunan dijual dengan harga RM30 untuk sekilogram," katanya.

Arkan berkata, situasi ini kebiasaannya hanya akan berlarutan dalam tempoh sebulan sahaja kerana apabila tiba musim tengkujuh kebanyakan nelayan bot zon A tidak dapat keluar ke laut.

Sementara itu, pemborong ikan, Nor Aizat Che Ahmad, 27, berkata, setiap hari dia akan memborong ikan segar antara tujuh hingga 10 tan metrik untuk dihantar ke kilang memproses keropok di kawasan sekitar.

"Antara ikan yang sering menjadi pilihan pelanggan seperti ikan selayang, ikan selar dan beberapa jenis ikan sesuai untuk diproses menjadi keropok keping serta keropok lekor.

"Apabila musim tengkujuh saya terpaksa mendapat bekalan ikan segar daripada Perak, Kuala Kedah dan Thailand antara bulan November, Disember, Januari serta Februari untuk menampung keperluan permintaan pelanggan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-rm4-satu-kilogram

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.144679 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list