CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2178|Reply: 0

[Kelantan] Penduduk berkawal guna sumpit, lembing

[Copy link]
Post time 12-10-2023 01:02 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk ketika berkawal berhampiran mayat di Pos Pasik. FOTO Ihsan Penduduk

Gua Musang: Seminggu selepas kejadian harimau membaham seorang pemuda di Kampung Perwer, Pos Pasik, penduduk di beberapa kampung pos terbabit mula berkawal setiap malam.

Difahamkan setiap malam seramai 10 penduduk termasuk di Kampung Perwer, Kampung Sugi, Kampung Betar A dan Kampung Kalai bergilir-gilir berkawal.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), Mohd Sani Nahtiman berkata usaha itu dilakukan bagi menjaga keselamatan kampung daripada gangguan harimau belang.

Katanya, penduduk masih ketakutan dan sudah seminggu tidak berkerja kerana bimbangkan ancaman haiwan buas itu.

"Kini sejak malam Khamis lalu kami penduduk di 11 Kampung berkawal setiap malam. Seramai 10 orang bergilir-gilir menjaga kawasan kampung menggunakan sumpit dan lembing.

"Kami seramai 300 keluarga di pos ini kini tinggal dalam ketakutan dan sudah seminggu tidak keluar bekerja di ladang atau mencari hasil hutan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Mohd Sani, sejak kejadian penduduk mati dibaham harimau baru-baru ini, penduduk kini bergerak secara berkumpulan dan tidak lagi menggunakan motosikal.

"Jika kami mempunyai urusan di luar, kami akan bergerak secara berkumpulan kerana perlu melalui ladang kelapa sawit dan hutan sebelum sampai ke jalan utama.

"Kami terpaksa menumpang penduduk yang mempunyai pacuan empat roda untuk keluar dari pos ini kerana perlu menempuh perjalanan sejauh 80 kilometer dan memakan masa selama tiga jam ke bandar Gua Musang," katanya.

Pada 3 Oktober lalu pemuda Orang Asli suku kaum Temiar dari Kampung Sugi, Pos Pasik maut dipercayai dibaham harimau ketika keluar menyumpit.

Mayat Pisie Amud, 25, ditemukan penduduk kampung keesokannya dengan cakaran haiwan liar itu di kepala dan badan selain sebelah kaki kirinya sudah hilang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata, sehingga kini anggotanya masih di pos terbabit untuk berkawal dan menjejaki harimau belang itu.

"Perangkap sudah dipasang bagi menangkap harimau belang itu yang dipercayai masih berkeliaran di pos Orang Asli itu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... guna-sumpit-lembing

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.135996 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list