CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2498|Reply: 0

[Kelantan] APM sasar latih 330,000 orang awam setiap tahun

[Copy link]
Post time 12-10-2023 04:25 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM) Datuk Aminurrahim Mohamed (tengah) bergambar bersama peserta dan anggota APM yang menyertai Himpunan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (HiPA 6.0) Kolej Komuniti Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Machang: Angkatan Pertahanan Awam (APM) menyasarkan 330,000 orang awam mendapat latihan asas serta pendedahan mengenai agensi berkenaan pada setiap tahun.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, pihaknya turut menyasarkan 10,000 menjadi anggota sukarelawan APM dalam tempoh setahun.

Katanya, setakat Oktober ini APM sudah melatih 240,000 orang awam dan yakin dapat mencapai sasaran berkenaan dalam tempoh dua bulan lagi.

"Bagaimanapun sasaran anggota sukarelawan tahun ini melebihi sasaran iaitu sudah mencecah seramai 13,000 orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutup Himpunan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (HiPA 6.0) KolejKomuniti Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang di sini, hari ini.

Program yang diadakan selama tiga hari bermula 10 Oktober lalu disertai seramai 70 peserta daripada 10 Kolej Komuniti seluruh negara.

Aminurrahim berkata, APM berperanan menyebarkan ilmu pertahanan awam kepada orang ramai bagi melahirkan masyarakat bertanggungjawab, berkeperibadian tinggi, taat setia dan cintakan negara yang diterjemahkan melalui khidmat sukarelawan APM.

"Kesedaran mengenai ilmu pertahanan awam sudah diserapkan seawal di sekolah rendah melalui penubuhan Program Keselamatan Sekolah Rendah (PROKSPA), Tunas Pertahanan Awam (TUSPA), Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA), Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) dan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA)," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-awam-setiap-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.030862 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list