CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3898|Reply: 0

[Terengganu] Pemandu lori serah memorandum, protes operasi penguatkuasaan

[Copy link]
Post time 15-10-2023 03:56 PM | Show all posts |Read mode

Wakil Persatuan Pengusaha Kecil Kenderaan Perdagangan Pantai Timur, Ibrahim Mamat menyerahkan memorandum kepada Pengarah JPJ, Zulkarnain di perkarangan JPJ Terengganu. FOTO ZAID SALIM

Kuala Terengganu: Lebih 1,000 pemandu lori berhimpun di perkarangan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, di sini, sebagai protes terhadap operasi penguatkuasaan yang dijalankan agensi itu, hari ini.

Ia bertujuan menuntut kerajaan supaya mempertimbang semula beberapa perkara dan syarat baharu yang dikenakan terhadap golongan berkenaan.

Wakil Persatuan Pengusaha Kecil Kenderaan Perdagangan Pantai Timur, Ibrahim Mamat berkata, pihaknya turut menyerahkan memorandum mengandungi lapan tuntutan berhubung isu berkenaan.

Menurutnya, operasi bersepadu antara JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dibuat secara melulu sehingga menyebabkan pengusaha dan pemandu lori mendakwa mereka hilang punca pendapatan.

"Persatuan menuntut kerajaan supaya mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) penguatkuasaan dan lebih bertimbang rasa kepada pemandu lori.

"Pengusaha dan pemandu lori semakin tertekan dengan tindakan penguatkuasaan seolah-olah kami ini penjenayah," katanya ditemui, di sini.

Menurutnya, tuntutan berkenaan termasuk perlepasan had muatan, pengurangan waktu operasi, tindakan saman terhadap pengilang dan pelombong, kenaikan sewa kenderaan perdagangan dan menghapuskan sistem saman demerit.

Katanya, pihaknya berharap pihak berkuasa atau kerajaan dapat memberi perhatian terhadap rintihan pemandu lori.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Lori Terengganu, Fadhli Idris berkata, keadaan lebih buruk apabila pihak berkuasa menggandakan operasi di seluruh negara bermula awal bulan ini.

Katanya, operasi bersepadu itu mengenakan tindakan berat termasuk kompaun terhadap pemandu lori meskipun mendakwa sudah mematuhi syarat atau peraturan yang ditetapkan.

"Kami bekerja berbulan-bulan kumpul duit untuk menyara keluarga, selenggara kenderaan, bayar cukai jalan dan lesen, namun duit simpanan habis sekelip mata membayar kompaun, malah ditahan di lokap.

"Denda yang dikenakan mahkamah tinggi, paling rendah pun RM5,000, malah ada yang pernah kena sehingga puluh ribu ringgit menyebabkan ada yang terpaksa menjual lori dan menggadai tanah untuk membayar denda," katanya.

Sementara itu, Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin ketika ditemui mengesahkan menerima memorandum daripada wakil pengusaha lori terbabit.

"Terdapat sebanyak lapan tuntutan dikemukakan dan saya akan panjangkan perkara ini kepada ibu pejabat untuk tindakan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rasi-penguatkuasaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.042993 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list