View: 1808|Reply: 0
|
Real Madrid tepati ramalan
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/TOPSHOT-FBL-EUR-C1-REAL_MADRID-BRAGA_1699490829.jpg)
RODRYGO (kiri) meraikan jaringan ketiga Madrid di Stadium Santiago Bernabeu.
Madrid: Juara 14 kali Real Madrid mara ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara (UCL) selepas menang selesa 3-0 ke atas Braga sekali gus mengekalkan rekod 100 peratus.
Brahim Diaz, Vinicius Junior dan Rodrygo Goes menemui sasaran untuk gergasi Sepanyol itu yang mara dari Kumpulan C walaupun merehatkan penjaring terbanyak mereka Jude Bellingham.
Pemain sayap Brazil, Vinicius dan Rodrygo yang sebelum ini dikritik susulan kemarau gol kembali bangkit dengan merobek gawang lawan selepas Diaz membuka tirai jaringan.
Madrid meraih empat kemenangan dalam empat perlawanan, mengetuai kumpulan dengan 12 mata di depan Napoli yang mengumpul tujuh mata selepas seri 1-1 dengan pasukan tercorot Union Berlin.
Madrid kini mara ke peringkat kalah mati dalam 26 edisi kejohanan berturut-turut.
"Ia memberitahu saya Real Madrid melakukannya dengan lebih baik daripada pasukan lain dalam kejohanan ini kerana melepasi aksi kumpulan tidak selalunya mudah," kata Carlo Ancelotti kepada wartawan.
"Kami sangat gembira mara ke peringkat 16 terakhir tetapi tidak bermakna kami ambil mudah baki dua perlawanan kerana aksi UCL peluang untuk kami tunjukkan kemantapan pasukan."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... drid-tepati-ramalan |
|
|
|
|
|
|
| |
|