CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5020|Reply: 0

[Selangor] Tergamak buang bayi tepi jalan

[Copy link]
Post time 19-11-2023 03:01 PM | Show all posts |Read mode

BAYI dipercayai baru dilahirkan yang ditemukan di tepi Jalan PJS 9/1, Bandar Sunway. FOTO Ihsan PDRM

Subang Jaya: Bayi lelaki dalam keadaan bertelanjang dan masih bertali pusat ditemukan disumbat dalam bungkusan plastik oleh orang awam di tepi Jalan PJS 9/1 Bandar Sunway, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan 1.25 tengah hari melaporkan penemuan bayi yang dipercayai baru sahaja dilahirkan itu.

"Bayi berkenaan dijumpai dalam bungkusan plastik yang ditinggalkan di tepi jalan dan mangsa didapati masih bernyawa.

"Mangsa ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan masih bertali pusat serta uri di badannya dibawa ke klinik berhampiran oleh orang awam dan anggota polis," katanya dalam kenyataan hari ini.



Menurutnya, bayi malang berkenaan kini ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) Hospital Sungai Buloh.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan (menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda, atau kedua-dua sekali.

"Sebarang maklumat berkaitan kes boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya, 0378627100 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Suriyana Zakaria di 0193559889.

"Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-bayi-tepi-jalan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.040436 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list