View: 1077|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Sindiket penipuan buka syarikat untuk dijadikan 'akaun keldai'
[Copy link]
|
|
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika sidang media mengenai jenayah penipuan atas talian yang semakin meningkat, di Ibu Pejabat JSJK, Menara KPJ. FOTO EZAIARI SHAMSUDIN
Kuala Lumpur: Pembukaan akaun bank atas nama syarikat untuk dijadikan 'akaun keldai' menjadi pilihan sindiket penipuan kerana ia membolehkan transaksi kewangan dilakukan secara lebih kerap serta membabitkan amaun lebih besar.
Terkini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan 86 syarikat dan 70 perniagaan yang didaftarkan dikenal pasti digunakan sebagai akaun keldai.
"Sebagai langkah pencegahan, PDRM mencadangkan supaya prosedur serta syarat pendaftaran syarikat dan perniagaan diperhalusi serta diperketatkan.
"Kriteria seperti tapisan rekod jenayah dan rekod kewangan wajar dipertimbangkan untuk dijadikan sebahagian prasyarat sebelum pendaftaran syarikat serta perniagaan diluluskan," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat JSJK, Bukit Aman, di sini, hari ini.
Menurut beliau, perkara sama turut disarankan bagi pembukaan akaun bank syarikat di institusi kewangan.
Katanya, kerajaan juga sewajarnya melihat cadangan 'Shared Responsibility Framework' yang diperkenalkan Kerajaan Singapura dalam usaha membendung kes 'phishing scam' di republik terbabit.
"Institusi kewangan yang gagal melaksanakan peranan mereka dengan sewajarnya boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar kerugian yang dialami mangsa," katanya.
Dalam pada itu, Ramli berkata, individu yang berminat untuk terbabit dengan skim pelaburan turut dinasihati supaya berfikir secara rasional dan berwaspada.
"Sekiranya skim pelaburan menggunakan akaun bank atas nama individu atau akaun bank atas nama syarikat yang berbeza dengan syarikat yang menganjurkan skim pelaburan, ia adalah isyarat bahawa skim terbabit adalah palsu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adikan-akaun-keldai |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|