CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 993|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kalau nak makan kepala gajah pun saya sediakan, kata Datuk miang

[Copy link]
Post time 23-11-2023 11:08 AM | Show all posts |Read mode

FOTO hiasan

Kuala Lumpur: Ketua Pengarah sebuah agensi keselamatan bergelar Datuk yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual terhadap seorang wanita sejak awal November lalu didakwa turut menggunakan 'umpan kemewahan' sebagai modal untuk memikat mangsa.

Sumber berkata, suspek berusia 50-an mendakwa mempunyai terlalu banyak wang ketika mangsa bertemunya buat kali pertama di pejabat suspek di Putrajaya, 17 November tahun lalu.

Malah menurutnya, suspek pernah menawarkan duit imbuhan dan bekalan projek kepada mangsa wanita berusia 39 tahun itu.

"Berdasarkan laporan polis dibuat mangsa yang bertugas sebagai penasihat kewangan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, pada 14 November lalu, suspek memberitahu mampu menyediakan apa sahaja pada pertemuan kali pertama.



"Malah suspek memberitahu sanggup menyediakan kepala gajah jika mangsa mahu memakannya," katanya.

Menurutnya, mangsa yang tidak berminat dengan tawaran itu bagaimanapun terus dipujuk dan diajak berjumpa di sebuah hotel di Bukit Jalil di sini, sebanyak dua kali.

"Suspek turut dikatakan pernah menghantar ucapan selamat tahun baharu 2023 selain berulang kali mengajak mangsa bertemu di pusat karaoke dan hotel.

"Suspek turut menawarkan imbuhan wang dan bekalan projek jika mangsa sanggup menemaninya sehingga pagi," katanya.

Menurutnya, mangsa yang berang dengan tindakan suspek turut memberi amaran supaya dia tidak terus diganggu.

"Bagaimanapun suspek tidak mengendahkan amaran dengan menghantar gambar dan video lucah melalui WhatsApp secara berterusan kepada mangsa bermula Ogos lalu.

"Tindakan suspek melakukan gangguan seksual menyebabkan mangsa mengalami kemurungan dan tekanan emosi, sekaligus memberi kesan kepada kariernya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah pun membuka kertas siasatan susulan laporan diterima polis, baru-baru ini.

Menurutnya, polis Bukit Aman akan memanggil individu berkaitan bagi siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual), Seksyen 507A Kanun Keseksaan (kesalahan menghendap), Seksyen 292 Kanun Keseksaan (memiliki bahan lucah) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (menggunakan perkataan kurang sopan).

"Siasatan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... an-kata-datuk-miang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.371701 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list