CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 644|Reply: 0

[Melaka] ‘Timbul lah nak, ibu nak Danish ada kubur’

[Copy link]
Post time 26-11-2023 10:29 AM | Show all posts |Read mode

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh turut hadir ke lokasi pencarian di Bukit Palah, Melaka sekitar pukul 1 pagi tadi bagi menenangkan ahli keluarga mangsa. - foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Ibu kepada kanak-kanak dua tahun yang disyaki terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras hujan dalam kejadian di Taman Goodwood, Bukit Palah, di sini, semalam hanya mengharapkan agar jasad anaknya itu dapat ditemukan.

Nor Amiza Che Kar, 28, berkata, dia reda dengan ketentuan Ilahi sekiranya nyawa anak ketiganya itu, Muhammad Danish Mohd. Faizal telah diambil, namun tetap berharap jasad mangsa dapat ditemukan untuk disemadikan secara sempurna.

“Kalau Danish lemas timbul lah nak anak, ibu cuma nak Danish ada kubur sahaja.

“Kalau Danish tenggelam (lemas) saya terima ketentuan Allah S.W.T dan nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan dan membantu mencari Danish,” ujarnya yang turut berada di lokasi pencarian sehingga lewat pagi tadi.

Tambahnya lagi, dia bagaimanapun merayu kepada orang ramai untuk tidak menyebarkan klip video dipercayai sebelum insiden berlaku, yang memaparkan mangsa bermain bersama abang dan kakaknya di dalam hujan.

Jelasnya, ketika itu suaminya, Mohd. Faizal Maarop, 38, ada dalam kereta tidak jauh dari lokasi untuk memantau anak-anak sambil menjaga anak bongsu mereka berusia setahun dalam kereta.

“Memang Danish bermain dengan abang dan kakaknya yang masing-masing berusia lapan dan empat tahun tetapi mereka berada jauh dari longkang.

“Bila video itu tersebar ia menyebabkan berlaku salah faham sehingga ramai menyalahkan kami, jadi tolonglah hentikannya kerana ia hanya akan menambahkan kesedihan kami sekeluarga,” katanya sambil menitiskan air mata.

Semalam Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun hilang disyaki terjatuh ke dalam longkang dan dibawa arus deras air hujan di Taman Goodwood, Bukit Palah, di sini.

Ketika kejadian ibu mangsa, Nor Amiza dikatakan sedang berniaga nasi kerabu, manakala mangsa bermain bersama abang serta kakaknya berhampiran gerai.

Wanita itu menyedari anak ketiganya itu hilang kira-kira pukul 3.25 petang dan menemui selipar dipakai mangsa di kawasan rumput di tepi longkang berkedalaman 1.2 meter.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilakukan oleh pasukan bomba dengan bantuan pihak polis serta orang awam sejak pukul 3.50 petang semalam dan masih diteruskan pada pagi ini.

Sejak malam tadi pula tular di laman sosial satu klip video memaparkan tiga orang kanak-kanak bermain dalam hujan di kawasan berkenaan. -KOSMO! ONLINE.

https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... k-danish-ada-kubur/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.551493 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list