|
Penyerang remaja AC Milan, Francesco Camarda (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Fiorentina, Fabiano Parisi pada aksi Serie A Itali di Stadium San Siro, Milan lewat malam tadi. – Foto AFP
MILAN: Bintang remaja AC Milan, Francesco Camarda melakar sejarah lewat malam tadi apabila muncul pemain paling muda pernah beraksi dalam Serie A ketika kemenangan 1-0 ke atas Fiorentina.
Camarda yang tampil menggantikan Luka Jovic pada minit ke-83 di San Siro berusia 15 tahun, lapan bulan dan 16 hari.
"Dia mempunyai bakat terpendam dan bijak, dia sedar dia perlu bekerja lebih keras berbanding pemain lain," kata kapten Milan, Davide Calabria selepas perlawanan itu.
Camarda, yang mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol menerusi sepakan gunting menentang Paris Saint-Germain dalam aksi Liga Belia UEFA, tidak banyak memberikan sumbangan ketika Milan lebih banyak bertahan pada lewat aksi lewat malam tadi.
Dia mengatasi rekod terdahulu dipegang pemain pertahanan Bologna, Wisdom Amey, yang membuat penampilan sulung Serie A pada Mei 2022 pada usia 15 tahun, sembilan bulan dan sehari.
Camarda diserap daripada pasukan belia Milan susulan krisis kecederaan skuad utama membabitkan pemain termasuk Olivier Giroud, Rafael Leao dan Noah Okafor.
"Francesco seorang budak lelaki yang baik, dia bekerja keras dan kami juga memerlukan khidmatnya. Dia amat muda tetapi juga sudah matang. Kami gembira buatnya. Saya mungkin boleh menjadi datuknya," kata pengurus Milan, Stefano Pioli yang berusia 58 tahun kepada Sky Sports Italia.
Milan menghuni tangga ketiga Serie A, lima mata di belakang pendahulu liga Inter Milan yang berdepan pasukan tangga kedua Juventus malam ini. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ampil-buat-ac-milan |
|