CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 464|Reply: 0

Dua gol Rodrygo lonjak Real Madrid

[Copy link]
Post time 27-11-2023 11:38 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Real Madrid, Rodrygo (kiri) meraikan gol pertama menentang Cadiz CF bersama rakan sepasukan Jude Bellingham pada aksi La Liga Sepanyol di Stadium Nuevo Mirandilla, Cadiz awal pagi tadi. – Foto REUTERS

CADIZ, Sepanyol: Penyerang Real Madrid, Rodrygo meledak dua gol manakala Jude Bellingham turut menyumbang satu ketika pelawat menikmati kemenangan 3-0 di kelab bawahan Cadiz dalam La Liga Sepanyol untuk merampas kedudukan teratas.

Pasukan kendalian Carlo Ancelotti kini mengumpul 35 mata, satu mata di depan pasukan tangga kedua Girona yang melayan kunjungan Athletic Bilbao awal pagi esok.

Atletico Madrid di tangga ketiga, sesudah turut bermain kurang satu perlawanan berbanding Real, sama 31 mata dengan Barcelona, yang merudum ke tangga keempat selepas seri 1-1 di Rayo Vallecano kelmarin.

"Ia satu detik penting musim ini," kata Ancelotti pada sidang akhbar. "Kami mempunyai beberapa perlawanan amat penting hingga Krismas. Perlawanan hari ini memberikan saya keyakinan tinggi bagi beberapa perlawanan seterusnya.



"Setakat ini musim ini kami bertindak amat bagus, pasukan sering kali kompetitif, kami menang banyak perlawanan."

Kecederaan ketika tugasan antarabangsa pemain tengah Perancis, Eduardo Camavinga dan penyerang Brazil, Vinicius Jr tidak banyak menjejaskan Real, yang mendahului selepas 14 minit apabila Rodrygo meluru masuk ke dalam kotak penalti sebelum merembat kencang ke penjuru kanan gol lawan.



Pemain tengah Real Madrid, Jude Bellingham (kanan) merembat masuk gol ketiga menentang Cadiz CF pada aksi La Liga Sepanyol di Stadium Nuevo Mirandilla, Cadiz awal pagi tadi. – Foto AFP

"Kadang-kadang kesukaran boleh menjadi motivasi tambahan dan pemain amat memahaminya," kata Ancelotti.

"Semua kecederaan yang kami hadapi membabitkan pemain penting, tetapi kami berjaya menanganinya dengan baik dan pasukan bertindak bagus di tengah padang."

Pemain sayap Brazil, Rodrygo meraih gol keduanya pada minit ke-64 selepas menemui ruang di kotak penalti sebelum Bellingham memastikan kemenangan 10 minit kemudian dengan gol ke-11 liga buatnya musim ini.

"Rodrygo mencetus kelainan dalam perlawanan hari ini, dia beraksi dengan sikap yang bagus, kami gembira," tegas pengendali Real dari Itali itu.

"Bellingham juga bagus. Bahunya masih terasa sakit tetapi dia bermain dengan perlindungan. Dia mempamerkan aksi yang amat bagus hari ini," kata Ancelotti merujuk kepada pemain tengah England itu yang terlepas dua aksi terakhir kelayakan Euro 2024.

Real akan melayan kunjungan juara Itali, Napoli pada pertembungan Kumpulan C Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini ketika kelab gergasi Sepanyol itu sudah memastikan tempat ke pusingan kalah mati. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... -lonjak-real-madrid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.080408 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list