CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 436|Reply: 0

TFC nafi 'hadiah' kemenangan kepada Sabah

[Copy link]
Post time 27-11-2023 11:41 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang TFC, Adisak Kraisorn dikepung pemain Sabah pada aksi Liga Super Jumaat lalu. - Foto TFC

KUALA TERENGGANU: Pihak pengurusan Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd menafikan skuadnya sengaja 'menghadiahkan' kemenangan kepada Sabah FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Jumaat lalu.

Sebaliknya Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Sabri Abas berkata, kekalahan kedua terbesar musim ini itu adalah disebabkan kecederaan yang dialami ramai pemain tonggak sekali gus menyaksikan ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner terpaksa menyenaraikan pemain lain dalam kesebelasan utama pasukan.

Katanya lebih parah empat tonggak yang mengalami kecederaan itu adalah pemain pertahanan sekali gus menyebabkan benteng skuad Penyu roboh sebanyak empat kali biarpun beraksi di tempat sendiri.

Berikutan kekalahan itu menyaksikan peminat tidak berpuas hati terhadap taktikal jurulatih memandangkan kekalahan itu hadir di tempat sendiri dengan jumlah jaringan yang begitu besar.



"Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan kita 'menghadiahkan' kemenangan percuma kepada skuad Sabah FC bagi memudahkan skuad itu mencabar sekurang-kurangnya tiga kedudukan teratas ketika peluang TFC untuk berada di kelompok empat terbaik sudah tertutup rapat.

"Sebaliknya kecederaan yang dialami ramai pemain pertahanan iaitu Mohammad Shahrul Nizam Ros Hasni, Muhammad Alif Zakaria, Muhammad Azam Azmi Murad dan Muhammad Safwan Mazlan menyaksikan pintu gol mudah dibolosi lawan.

"Berikutan itu jurulatih terpaksa mengubah posisi dan taktikal bagi mengimbangi corak permainan pasukan lawan dan bukannya sengaja untuk tewas," katanya ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Estetika Medispa Sdn Bhd dengan TFC Sdn Bhd di sini malam tadi.
https://www.bharian.com.my/sukan ... nangan-kepada-sabah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.268428 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list