CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1981|Reply: 0

Haaland ledak 40 gol di Liga Juara-Juara

[Copy link]
Post time 29-11-2023 11:54 AM | Show all posts |Read mode

CITY bangkit daripada ketinggalan untuk menang atasi Leipzig 3-2. -FOTO AFP

Manchester, United Kingdom: Erling Haaland menjadi pemain terpantas menjaringkan 40 gol di Liga Juara-Juara apabila Manchester City bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menewaskan RB Leipzig 3-2 awal pagi tadi.

Juara bertahan itu berada di ambang kekalahan pertama di peringkat Eropah di Etihad sejak 2018 apabila Lois Openda mengambil kesempatan daripada pertahanan yang lemah untuk menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama.

Haaland mengurangkan jurang City sebelum gol Phil Foden dan Julian Alvarez memastikan mereka terus mengungguli Kumpulan G.

"Separuh masa pertama adalah yang paling teruk yang pernah kami pamerkan," akui Foden.
Berita menarik menerusi E-Mel setiap pagi



"Keluar pada separuh masa kedua, bermain lebih baik dan mengubah permainan. Pasukan ini mempunyai mentaliti yang hebat untuk itu."

City kini memenangi 27 daripada 29 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara di tempat sendiri sejak kali terakhir mereka merasai kekalahan.

Leipzig sering menjadi mangsa City dan kali terakhir mereka tewas 0-7 di Etihad pada Mac.

Tetapi Guardiola berjalan menuju ke terowong pada separuh masa sambil menggelengkan kepalanya selepas apa yang dipamerkan oleh juara Eropah itu.

"Kami bolos terlalu banyak. Anda perlu memenangi pertarungan anda," kata Guardiola.

"Kami bertindak balas dengan sangat baik pada separuh masa kedua dan ya kami berada di tempat pertama dalam kumpulan jadi sangat berpuas hati dengan keputusan itu."

Leipzig sudah pun mengesahkan tempat mereka dalam pusingan 16 terakhir tetapi kini berisiko berdepan pasukan seperti Barcelona atau Real Madrid di peringkat kalah mati.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... di-liga-juara-juara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.228040 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list