View: 2111|Reply: 0
|
Cancelo, Felix pacu Barca ke pusingan 16
[Copy link]
|
|
Pemain pertahanan Barcelona, Joao Cancelo (kiri) merembat masuk gol pertama pasukannya ketika berdepan FC Porto pada aksi Liga Juara-Juara di Estadi Olimpic Lluis Companys, Barcelona awal pagi tadi. – Foto AFP
BARCELONA: Barcelona bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan FC Porto 2-1 awal pagi tadi dan layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tiga musim, yang dianggap jurulatih Xavi sebagai "satu langkah penting" buat kelab itu.
Pemain sayap Brazil, Pepe meletakkan Porto di depan selepas setengah jam namun dua pemain Barcelona dari Portugal, Joao Cancelo (m-32) dan Joao Felix (m-57) menyumbat gol untuk membantu kemaraan mereka.
Kedua-dua bekas pemain Benfica itu menghukum musuh bekas kelab mereka bagi memastikan pasukan kendalian Xavi Hernandez tidak berdepan keaiban tersingkir di peringkat kumpulan seperti dua musim terakhir.
"Hari ini kami amat gembira, ia satu langkah penting dalam projek kami, ia amat positif buat kelab," kata Xavi kepada wartawan.
"Ia penting, pasukan ini meningkat, kami mengalahkan satu pasukan yang amat bagus, ia satu hari yang benar-benar memuaskan."
Pemain Barcelona meraikan kemenangan ke atas FC Porto pada aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara di Estadi Olimpic Lluis Companys, Barcelona awal pagi tadi. – Foto REUTERS
Kekalahan di tangan Shakhtar Donetsk di Hamburg pada perlawanan terakhir mereka di Eropah membuatkan Barca gemuruh, dengan persembahan hambar dalam liga domestik menambah kebimbangan mereka.
Di sebalik dibolosi awal, Cancelo pantas menyamakan kedudukan dan dia mengumpan kepada Felix pada babak kedua untuk melengkapkan kemenangan yang menggembirakan penyokong Barca di Stadium Olimpik di kawasan bukit Montjuic.
"Ia satu perlawanan akhir dan kami memenanginya... kami berjaya mengemudi kelab ke pusingan 16 terakhir, sesuatu yang berhak buat kami," kata Cancelo kepada Movistar.
"Apabila keputusan tidak memihak anda, keyakinan anda tidak sama." – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... arca-ke-pusingan-16 |
|
|
|
|
|
|
| |
|