View: 2960|Reply: 0
|
TFC ikat Central Coast Mariners
[Copy link]
|
|
Engku Nur Shakir menjaringkan gol pertama TFC. Foto ihsan FB Terengganu FC
KUALA LUMPUR: Terengganu FC mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Piala AFC apabila terikat 1-1 dengan kelab Australia, Central Coast Mariners FC di Stadium Central Coast, sebentar tadi.
Meskipun Central Coast Mariners dilihat lebih banyak mengasak sejak awal perlawanan, namun ketumpulan jentera serangan menyaksikan babak pertama berakhir tanpa jaringan.
Sebaliknya, Terengganu yang jarang-jarang melakukan serangan berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-53 selepas Engku Nur Shakir menanduk masuk bola sepakan sudut Sony Norde.
Central Coast Mariners menggandakan asakan untuk memburu jaringan penyamaan dan usaha mereka akhirnya berhasil apabila Miguel Di Pizio menyudahkan hantaran lintang Christian Theoharous pada minit ke-87.
Keputusan itu menyaksikan Central Coast Mariners kekal memimpin saingan Kumpulan G dengan mengumpul 10 mata, hanya satu mata di hadapan Terengganu yang menghuni tangga kedua.
Terengganu bagaimanapun masih berpeluang untuk bergelar juara kumpulan dan mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya dengan syarat mereka menewaskan Bali United dalam aksi terakhir, 13 Disember ini selain mengharapkan Central Coast Mariners tidak menang berdepan Stallion Laguna.
https://www.bharian.com.my/sukan ... tral-coast-mariners |
|
|
|
|
|
|
| |
|