CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2009|Reply: 0

Madrid pastikan juara kumpulan selepas atasi Napoli

[Copy link]
Post time 30-11-2023 12:07 PM | Show all posts |Read mode

Pemain tengah Real Madrid, Nico Paz (kiri) meraikan gol ketiga pasukannya bersama rakan sepasukan ketika menewaskan Napoli 4-2 pada aksi Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi tadi. – Foto AFP

MADRID: Real Madrid mencatat kemenangan 4-2 ke atas Napoli awal pagi tadi untuk muncul juara kumpulan dalam kempen Liga Juara-Juara.

Kekalahan Napoli meletakkan mereka di tangga kedua, dengan kelab Itali itu berdepan Braga pada aksi terakhir peringkat kumpulan untuk menentukan pasukan mana layak.

Juara 14 kali Madrid kendalian Carlo Ancelotti sudah memastikan kemaraan ke peringkat kalah mati tetapi mengesahkan sebagai juara kumpulan menerusi kemenangan aksi menarik ke atas juara Itali.

Giovanni Simeone meletakkan Napoli di depan namun Rodrygo dan Jude Bellingham pantas membalas untuk mengubah arah perlawanan.



Andre-Frank Zambo Anguissa menyamakan kedudukan buat pelawat sejurus selepas rehat tetapi pemain remaja Madrid, Nico Paz meletakkan pasukannya di depan selepas 84 minit sebelum Joselu melengkapkan kemenangan pada masa kecederaan.



Pemain Real Madrid, Jude Bellingham menanduk masuk gol kedua melepasi penjaga gol Napoli, Alex Meret pada aksi Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi tadi. – Foto REUTERS

"Saya terlalu gembira, ini satu mimpi... buat seketika saya tidak mempercayainya," kata Paz kepada Movistar selepas membantu Madrid meneruskan rekod 100 peratus mereka – lima kemenangan dalam lima perlawanan.

"(Rakan sepasukan saya) mungkin lebih gembira berbanding saya dan saya bersyukur kerana mendapat sokongan mereka."

Bellingham kini mengumpul empat gol dalam empat aksi Liga Juara-Juara buat Madrid dan keseluruhan 15 gol dalam 16 penampilan musim ini, menjadikannya pendahulu penjaring gol terbanyak kelab.

"Tiada siapa boleh membayangkan dia mampu menyesuaikan diri dengan pantas di sini, di kelab baharu ini, dia mengejutkan setiap orang," kata Ancelotti mengenai Bellingham kepada Movistar.

"Dia mengagumkan ketika tiba di kotak penalti, dia bagaikan menunggang motosikal masuk ke kawasan itu." – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... elepas-atasi-napoli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.311272 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list