View: 3265|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Warganegara asing akan dikenakan caj guna bas GoKL
[Copy link]
|
|
FOTO HIASAN
Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenakan caj tambang kepada warganegara asing yang menggunakan perkhidmatan bas GoKL.
DBKL dalam kenyataan berkata, kadar caj ini akan dilaksanakan secara berperingkat membabitkan laluan di sekitar pusat bandar.
"Antara laluan yang terbabit adalah laluan 01 (hijau), 02 (ungu), 03 (merah) dan 04 (biru).
"Kaedah pembayaran adalah tanpa tunai menerusi kad Touch & Go, kod QR, kad kredit atau kad debit," katanya.
DBKL berkata, warganegara Malaysia pengguna MyKad yang mepunyai sistem pembayaran Touch & Go diminta membuat pendaftaran bagi menikmati perkhidmatan percuma.
"Kaunter pendaftaran MyKad tersebut akan dibuka mulai 1 Disember 2023 di Hentian Bas KLCC, Hentian Akhir Titiwangsa dan Hentian Akhir Pasar Seni serta di lobi menara DBKL 1 yang dibuka bermula 6 Disember 2023 setiap hari Rabu.
"Bagi golongan kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah, perkhidmatan bas GoKL adalah percuma," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-caj-guna-bas-gokl |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|