View: 3765|Reply: 0
|
[Perak]
Perak sasar KDNK RM123 bilion menjelang 2030 melalui P3
[Copy link]
|
|
SAARANI Mohamad berucap pada Majlis Penghargaan Pelabur 2023 anjuran InvestPerak di Hotal Casuarina @ Meru Ipoh. FOTO L Manimaran
Ipoh: Kerajaan negeri menyasarkan perolehan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bernilai RM123 bilion menjelang tahun 2030 melalui Pelan Perindustrian Perak (P3) yang dilancarkan semalam.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pelan itu menyasarkan jumlah keseluruhan pelaburan bernilai RM47 bilion bagi tempoh 10 tahun dengan beberapa sektor utama berteknologi tinggi diberi tumpuan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan pelaburan di Perak.
Menurutnya, antara sektor berteknologi tinggi itu adalah sektor elektrikal dan elektronik (E&E), automotif dan komponen serta kenderaan elektrik (EV), industri berasaskan mineral, bioteknologi, peranti perubatan dan lain-lain sektor yang berkaitan.
Katanya, ia selain daripada sektor perindustrian yang disasar menyumbang sebanyak 25 peratus dengan nilai mencecah RM30.9 bilion.
"Pelan ini akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan prestasi sektor perindustrian Perak bagi tempoh 10 tahun sehingga 2030 yang selari dengan aspirasi "Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030" yang ditetapkan oleh MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).
"Menerusinya, kadar KDNK bagi Perak disasarkan bernilai RM123 bilion menjelang tahun 2030, dengan sektor perindustrian disasarkan menyumbang sebanyak 25 peratus membabitkan nilai mencecah RM30.9 bilion," katanya Ketika berucap merasmikan Majlis Penghargaan Pelabur dan Majlis Pelancaran Pelan Perindustrian Perak (P3) di Pusat Konvensyen Casuarina di sini malam tadi.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee; Ketua Setiausaha MITI, Datuk Hairil Yahri Yaacob; dan Ketua Eksekutif InvestPerak, Mohamad Hashim Abdul Ghani.
Kata Saarani lagi, semua sektor berteknologi tinggi itu dikenal pasti dalam mengetengahkan Perak sebagai negeri maju dan berdaya saing yang bukan sahaja berkeupayaan menarik pelaburan berteknologi tinggi malah turut membangunkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing di peringkat global.
"Pelan itu berperanan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri dalam merealisasikan usaha Perak menjadi negeri pilihan pelabur dan bagi melonjakkan lagi pembangunan sektor perindustrian serta menarik lebih banyak pelaburan langsung ke negeri Perak," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-2030-melalui-p3 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|