CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3806|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tiada SJR di laluan berbukit, selekoh

[Copy link]
Post time 30-11-2023 01:12 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak melaksanakan sebarang sekatan jalan raya (SJR) di kawasan berisiko seperti laluan berbukit atau selekoh.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah sebaliknya berkata, sekatan di kedua-dua kawasan itu hanya akan dibuat jika berlakunya kemalangan.

"Memang sekatan jalan raya tidak dibuat di kawasan berkenaan (selekoh dan bukit) kecuali jika berlaku kes kemalangan di kawasan berkenaan.

"Di kawasan bukit (atau) selekoh itu bukan sekatan jalan raya tetapi lebih kepada mengawal lalu lintas sehingga kes kemalangan itu selesai dan siasatan dibuat," katanya di Dewan Rakyat.



Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang bertanyakan prosedur operasi standard (SOP) SJR di kawasan selekoh dan berbukit mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

Hok Liong turut bertanyakan menerusi soalan tambahannya mengenai segelintir anggota polis yang menyalahgunakan kuasa mereka dengan tidak mematuhi SOP SJR.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, PDRM mempunyai SOP dan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh anggota dan pegawai ketika menjalankan tugas di SJR.

Bagaimanapun katanya, sekiranya ada aduan pelanggaran SOP oleh anggota dan pegawai yang terlibat ketika operasi dijalankan, siasatan akan dibuat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

"Kita tidak sewenang-wenangnya membiarkan anggota kita melaksanakan tugas yang tidak patuh SOP. Ada tatacara dan tindakan yang dibuat melalui JIPS, PDRM," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-berbukit-selekoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.159346 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list