View: 4592|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Cadang perkenal akta khusus pengurusan bencana
[Copy link]
|
|
Tinjauan dari udara menunjukkan sesetengah kampung di jajahan Pasir Mas yang digenangi air, kelmarin. - FAIL NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang memperkenalkan akta khusus untuk menambah baik dan meningkatkan kesiapsiagaan pengurusan bencana.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (DRR) dalam proses penggubalan sebagai usaha memperkemas persiapan dan mekanisme pengurusan bencana.
"Ini memandangkan negara sentiasa berdepan ancaman bencana alam seperti banjir setiap kali Monsun Timur Laut.
"Kerajaan mempertimbang mewujudkan akta khusus untuk meningkatkan kesiapsiagaan berdepan bencana.
"Jika mendapat kelulusan dasar daripada Kabinet kelak, kita akan buat pelbagai sesi libat urus.
"Sebaik Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengumumkan (pengurusan bencana) dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 lalu, perkara pertama yang dilaksanakan ialah menyemak semula Arahan Majlis Keselamatan Negara, selain proses menggubal dasar DRR," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) berhubung perancangan kerajaan dalam memastikan semua agensi sentiasa bersedia menguruskan bencana alam serta perincian pembinaan Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB).
Armizan berkata, model pengurusan bencana di Malaysia adalah berdasarkan kaedah terbaik yang turut diamalkan di 144 negara.
"Melalui model ini, kita tidak mengesampingkan tetapi ambil kira pelbagai akta membabitkan fungsi menteri dan perintah di bawahnya, masing masing dengan akta tersendiri tetapi diselaraskan di bawah NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara).
"Bagaimanapun, masih banyak perlu kita lakukan (untuk penambahbaikan)," katanya.
Mengenai PPKB, Armizan berkata proses prapelaksanaan projek merangkumi penyediaan spesifikasi dan reka bentuk bangunan sudah dimulakan Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku agensi pelaksana.
"Kita harap proses perolehan dapat dimuktamadkan dalam suku pertama tahun depan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -pengurusan-bencana |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|