CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5174|Reply: 1

[Wilayah Persekutuan] Lima lagi positif cacar monyet

[Copy link]
Post time 30-11-2023 02:19 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Putrajaya: Terdapat lima kes baharu jangkitan positif cacar monyet (Mpox) dikesan di negara ini bagi tempoh 31 Oktober hingga semalam, kesemuanya membabitkan lelaki tempatan.

Ia menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini sebanyak sembilan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata, kesemua kes baharu yang dilaporkan itu tiada hubung kait dengan kes-kes terdahulu.

Kes kelima disahkan pada 10 November, membabitkan lelaki berumur 40 tahun yang terbabit dalam aktiviti berisiko dan menunjukkan gejala demam dan lepuh pada 29 Oktober.



Kes keenam pula membabitkan lelaki berumur 32 tahun yang menunjukkan gejala demam dan lepuh pada 7 November dan disahkan pada 12 November, manakala kes ketujuh merupakan kontak rapat kepada kes keenam, iaitu lelaki berusia 35 tahun yang turut menunjukkan gejala lepuh pada 11 November dan disahkan pada 12 November.

Kes kelapan melibatkan lelaki berumur 26 tahun yang mempunyai sejarah penglibatan dalam aktiviti berisiko dan mengalami gejala demam, sakit kepala, sakit otot (myalgia), bengkak kelenjar (lymphadenopathy) dan ruam makulopapular sejak 6 November dan disahkan pada 15 November.

Bagi kes kesembilan pula membabitkan lelaki berumur 47 tahun yangterbabit dalam aktiviti berisiko, menunjukkan gejala demam dan ruam pada 8 November dan disahkan pada 17 November.

"Kesemua kes sedang menjalani isolasi di hospital dan berada dalam keadaan kesihatan yang stabil, manakala kesemua kontak bagi kes yang disahkan telah dikenal pasti dan status kesihatan mereka juga sedang dipantau," katanya.

Tambahnya, kesemua kes menafikan mempunyai sejarah lawatan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul.

Dr Muhammad Radzi berkata, jangkitan berlaku menerusi sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan Mpox.

Menurutnya, gejala Mpox adalah demam berserta ruam makulopapular atau ruam lepuh pada muka, tapak tangan, tapak kaki, kemaluan, konjunktiva dan juga kornea.

"Tempoh inkubasi Mpox iaitu daripada tarikh individu terdedah kepada jangkitan sehingga mendapat gejala adalah antara lima ke 21 hari.

"Individu positif jangkitan Mpox boleh menjangkiti orang lain satu hari sebelum gejala muncul dan sehingga semua lepuh telah kering serta tanggal sepenuhnya, dan sekiranya disyaki atau disahkan Mpox, perlu menjalani perintah pengasingan sehingga disahkan tidak berisiko untuk menjangkiti orang lain," katanya.

Menurut Dr Muhammad Radzi lazimnya kes Mpox akan sembuh sendiri tanpa sebarang rawatan khusus dan beliau meminta pengamal perubatan supaya peka terhadap individu dengan bergejala ruam dan lepuh yang datang mendapatkan rawatan, terutamanya dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi.

"Sejarah risiko kontak rapat dengan individu bergejala jangkitan Mpox perlu didapatkan. Kes disyaki Mpox hendaklah dinotifikasi ke Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran melalui Sistem e-Notifikasi agar siasatan lanjut serta langkah kawalan dapat dijalankan," katanya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pengurusan kes mpox, pengamal perubatan boleh merujuk kepada Guidelines Mpox Management In Malaysia diterbitkan Kementerian Kesihatan (KKM) pada 18 Januari 2023.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ositif-cacar-monyet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2023 03:11 PM | Show all posts
MSM kah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.083320 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list