View: 6113|Reply: 0
|
[Melaka]
Mini Dhaka di Plaza Melaka Sentral diserbu KPDN
[Copy link]
|
|
ANGGOTA penguat kuasa KPDN memeriksa kedai runcit di Plaza Melaka Sentral, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
MELAKA: Menjual barang kawalan tanpa permit dan daging mentah yang diragui statusnya, itu antara kesalahan dikesan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka di sebuah kedai runcit yang dijaga warga asing di Plaza Melaka Sentral di sini.
Serbuan di kawasan yang mendapat jolokan ‘Mini Dhaka’ itu menemukan pelbagai barangan kawalan tanpa permit seperti minyak masak dan beras, dipercayai telah beroperasi sejak lima tahun lalu.
Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar berkata, operasi digerakkan hasil maklumat orang awam yang berasa kurang senang dengan senario berkenaan.
“Hasil serbuan di sebuah kedai runcit, di tingkat satu bangunan kita dapati mereka menjual pelbagai barangan kawalan tanpa permit. Kedai itu hanya mempunyai lesen pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja.
“Pemeriksaan ditingkat dua pula mendapati, ia dijadikan bilik sewa dipercayai untuk warga asing. Terdapat juga sudut khas di tangga yang dijadikan tempat memotong daging untuk dijual kepada warga asing,” katanya kepada pemberita selepas selesai operasi.
Tambah Norena, KPDN turut merampas pelbagai barang di dua buah premis atas kesalahan tiada tanda harga dan pelabelan barangan yang salah.
“Ia menjadi kesalahan di bawah Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993 dan memiliki barang kawalan tanpa kebenaran pengawal (Akta Kawalan Bekalan 1961).
“Ini adalah kes pertama dikesan KPDN Melaka dan keadaannya begitu teruk dan berharap PBT dan Jabatan Imigresen dapat sama membantu memeriksa kawasan ini,” jelasnya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ntral-diserbu-kpdn/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|