View: 9500|Reply: 0
|
Ronaldo kecewa dibelasah Al-Hilal
[Copy link]
|
|
Penyerang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo kecewa selepas tewas kepada pendahulu Liga Pro Saudi, Al-Hilal di Stadium Antarabangsa Raja Fahd, Riyadh. - Foto AFP
RIYADH: Cristiano Ronaldo menjadi tumpuan ketika pasukannya, Al-Nassr dibelasah pendahulu Liga Pro Saudi, Al-Hilal 3-0.
Bintang Portugal itu jelas kecewa sebaik tamat perlawanan yang menyaksikan pasukannya semakin ketinggalan di belakang Al-Hilal.
Ronaldo bergandingan dengan bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane tetapi tidak berupaya menembusi benteng Al-Hilal sepanjang 90 minit.
Al-Hilal memastikan kemenangan hasil jaringan Sergej Milinkovic-Savic dan Aleksandar Mitrovic.
Ronaldo turut diejek penyokong tuan rumah yang melaungkan nama Lionel Messi, tetapi bekas penyerang Manchester United itu membalasnya dengan memberi isyarat ciuman.
Selepas terikat tanpa jaringan di babak pertama, gawang Al-Nassr dibolosi tiga kali dalam tempoh 30 minit di babak kedua.
Ronaldo, 38, tampak berang selepas tamat permainan yang menyaksikan dia gagal menjaringkan gol buat pertama kali dalam empat aksi liga. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -dibelasah-al-hilal |
|
|
|
|
|
|
| |
|