CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10253|Reply: 0

Selangor FC tempah tiket ke saingan Asia

[Copy link]
Post time 3-12-2023 11:06 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Kedah Darul Aman FC, Manuel Hidalgo ditarik pemain Selangor FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman di sini, hari ini. - BERNAMA

ALOR SETAR: Selangor FC memastikan slot ke saingan Asia terjamin apabila menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Kemenangan ini mengesahkan kedudukan Selangor FC selaku naib juara dengan 58 mata sebelum pertembungan terakhir menentang PDRM FC pada 17 Disember ini.

Pada aksi yang penuh sengit di hadapan hampir 21,000 penonton, Kedah memulakan asakan bahaya ke gawang Selangor pada minit kelapan menerusi gerakan J Partiban yang menghantar ke ruang bahaya namun gagal disempurnakan Ifedayo Olusegun.

Ia disusuli percubaan Manuel Ott yang diselamatkan penjaga gawang Selangor, Sam Somerville.



Selangor cuba bangkit menerusi rembatan Yohandry Orozco pada minit ke-15 yang ditepis keluar penjaga gol Kedah, Kalamullah Al-Hafiz.

Ifedayo sekali lagi memiliki peluang terbaik pada minit ke-30 hasil percubaan di depan pintu gol namun pertahanan Selangor, Safuwan Baharudin lebih pantas dan berjaya menghalangnya.

Memasuki babak kedua, Selangor melakukan pertukaran dengan memasukkan Brendan Gan dan mengeluarkan Mukhairi Ajmal bagi menguatkan jentera serangan.

Selangor yang terus mengasak gawang Kedah akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila penyerangnya, Aaron Del Valle berjaya menolak masuk bola hasil hantaran Brendan Gan pada minit ke-64 sekali gus menceriakan penyokong pelawat.

Kedah cuba bangkit menerusi percubaan Manuel Hidalgo pada minit ke-79 selepas mendapat hantaran pemain gantian Fayadh Zulkifli, namun percubaan itu berjaya diselamatkan Somerville.

Di hujung babak kedua, pertahanan Kedah, Wan Amirul Afiq hampir membolosi gawang Selangor namun percubaannya tersasar sekali gus mengecewakan penyokong Sang Kenari.

Kedudukan 1-0 itu kekal hingga penamat.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ket-ke-saingan-asia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.054039 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list