CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10250|Reply: 0

Steinbruckner lega benteng bakal kembali kebal

[Copy link]
Post time 3-12-2023 11:07 AM | Show all posts |Read mode

Tomislav Steinbruckner lega apabila tiga tonggak pertahanannya pulih daripada kecederaan menjelang pertemuan dengan Penang FC. - NSTP/Ghazali Kori

KUALA TERENGGANU: Ada nada gembira buat ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner menjelang pertembungan dengan Penang FC pada aksi kedua terakhir Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, malam esok.

Kata jurulatih berusia 57 tahun itu, kehadiran semula tiga daripada empat tonggak pertahanannya begitu melegakan kem pasukannya dalam misi wajib menang ke atas skuad Harimau Kumbang.

Bekas jurulatih kelab NK BSK Bijelo Brdo dalam Liga Croatia itu berkata, kemenangan juga begitu penting buat pasukannya sebagai suntikan semangat sebelum berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi final Piala Malaysia pada Jumaat.

Jelas bekas pemain tengah kelab Warriors FC dalam Liga Singapura musim 1999 itu, tiga tonggak pertahanan iaitu Muhammad Azam Azmi Murad, Muhammad Safwan Mazlan dan Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni sudah sembuh daripada kecederaan.



"Kami perlukan kemenangan berdepan Penang FC, ia sangat penting buat pemain sebagai pembakar semangat sebelum menentang JDT pada aksi final Piala Malaysia.

"Kehadiran semula tiga daripada empat tonggak pertahanan yang sebelum ini mengalami kecederaan sudah pasti melegakan saya manakala seorang lagi pertahanan iaitu Mohammad Alif Zakaria dalam proses untuk pulih.

"Bagaimanapun pada sesi latihan terakhir petang ini, saya akan melihat sejauh mana kesediaan tiga tonggak pertahanan itu sama ada boleh diturunkan atau sebaliknya bagi mengelak kecederaan berulang," kata Steinbruckner yang bakal mengetengahkan ramai pemain muda dalam perlawanan itu.

Berdasarkan kedudukan terkini, skuad Penyu itu menghuni di tangga keenam liga dengan mengutip 36 mata selepas 24 perlawvanan, aksi terakhir skuad itu bakal berdepan Perak FC pada 17 Disember ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
https://www.bharian.com.my/sukan ... bakal-kembali-kebal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.135264 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list