CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16889|Reply: 0

Liga Super: Harimau Kumbang sedia baham Terengganu

[Copy link]
Post time 3-12-2023 01:18 PM | Show all posts |Read mode

Penang FC kembali mendapat momentum sejak dikendalikan oleh pengendali sementara, Akmal Rizal bulan lalu. - Foto ihsan Penang FC

AKSI dengan Terengganu di Stadium Bandaraya, malam ini menjadi medan terbaik buat pengendali sementara Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli pikat hati pengurusan pasukan untuk kekalkan khidmatnya musim depan.

Selepas mencetuskan sensasi ketika raih kemenangan 3-2 ke atas Sri Pahang pada debutnya selaku pengendali pasukan Sabtu lalu, Akmal Rizal percaya pemain sudah cukup masak dengan pendekatan diterapkannya.

“Sudah pasti kemenangan akan meredakan tekanan tetapi dalam bola sepak akan sentiasa ada tekanan. Hari esok pun akan bermulanya tekanan baharu dan ia perkara biasa yang dihadapi oleh pemain serta jurulatih.

“Pemain pun sudah tahu apa yang saya mahukan iaitu menerapkan penguasaan bola. Untuk itu saya memerlukan pemain yang selesa mengawal bola dan apa yang boleh saya katakan, semua pemain akan diberi peluang,” katanya.

Sebelum ini, pengurusan pasukan ambil keputusan drastik apabila merehatkan Ketua Jurulatih, Chong Yee Fatt dan Penolong Ketua Jurulatih, Manzoor Azwira Abd Wahid dan memilih Akmal Rizal sebagai pengendali sementara pasukan sehingga tamat musim ini.

Menyedari aksi kali ini adalah penampilan terakhir Penang FC di gelanggang sendiri pada saingan Liga Super 2023, Akmal Rizal juga menuntut bantuan daripada Pemain ke-12 untuk hadir beramai-ramai ke stadium.

“Saya harap aksi terakhir ini penyokong boleh datang untuk berikan sokongan kerana kami juga sentiasa mahukan sokongan anda. Ini membolehkan pasukan dapat rasa keseronokan untuk bermain,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... a-baham-terengganu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.148503 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list