View: 14991|Reply: 0
|
Tiket final Piala Malaysia buat peminat TFC 'laku keras'
[Copy link]
|
|
TIKET membabitkan penyokong TFC habis terjual. -FOTO TFC
Kuala Terengganu: Tiket final Piala Malaysia yang menjadi rebutan ribuan peminat setia Terengganu FC (TFC) habis dijual kurang 48 jam selepas dibuka kepada penyokong.
Berikutan itu, ada peminat setia skuad Penyu kempunan kerana tidak dapat membeli tiket berkenaan bagi menyaksikan pertembungan TFC dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 8 Disember ini.
Ketua Pegawai Operasi Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata, sebanyak 35,300 keping tiket final Piala Malaysia membabitkan empat kategori diberikan kepada pihak pengurusan TFC.
Katanya tiket berkenaan mula dijual secara berperingkat kepada pemegang keahlian dan pas bermusim TFC 2023 serta kepada orang ramai.
"Jumlah yang diberikan kepada kami sebanyak 35,300 keping membabitkan empat kategori dengan jualan dilakukan secara dua peringkat iaitu kepada ahli pemegang pas bermula 28 hingga 30 November manakala kepada orang ramai bermula jam 3 petang pada 1 Disember.
"Alhamdulillah jualan yang semuanya melalui dalam talian menerusi Tickethotline habis terjual, kelebihan kepada pemegang kad keahlian dan pas bermusim kerana dapat membeli lebih awal.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... inat-tfc-laku-keras |
|
|
|
|
|
|
| |
|