CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10134|Reply: 0

Scolari gembira JDT catat kemenangan

[Copy link]
Post time 4-12-2023 01:20 PM | Show all posts |Read mode

PENGENDALI JDT, Esteben Solari. -FOTO Asrol Awang

Kuantan: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteben Solari mengakui skuad itu tidak beraksi pada tahap terbaik walaupun berjaya menewaskan Sri Pahang FC 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Namun, jurulatih berusia 43 tahun itu tetap gembira dengan keputusan itu sekaligus mempertahankan rekod tanpa kalah daripada 25 perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini.

"Bukan yang terbaik tetapi kita mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama dan berjaya menjaringkan dua gol. Pada babak kedua turut memiliki peluang tetapi tiada jaringan.

"Bagi saya, ia perlawanan sengit kerana Sri Pahang juga pasukan yang bagus terutama di bahagian serangan," kata jurulatih berasal dari Argentina itu.



Pada perlawanan itu, dua gol Harimau Selatan, masing-masing satu dijaringkan Heberty Fernandes dan Bergeson Gustavo pada minit keenam dan 42.

Dengan berbaki satu lagi perlawanan, JDT yang sudah dinobatkan juara Liga Super musim ini unggul apabila mengutip 73 mata selepas memenangi 24 perlawanan dan satu seri daripada 25 perlawanan.

Pada perlawanan terakhir, JDT akan melayan kunjungan Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 16 Disember ini.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dt-catat-kemenangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.077704 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list