View: 5355|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Diskaun saman PDRM hingga 50 peratus sempena setahun Kerajaan MADADI
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan - Anggota Polis Trafik ketika menjalankan operasi di jalan raya
KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menikmati tawaran pengurangan saman trafik sehingga 50 peratus pada program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan diadakan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, bermula 8 hingga 10 Disember ini.
Pembayaran saman boleh dilakukan di kaunter semakan dan pembayaran yang akan dibuka oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tarikh terbabit.
Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata tawaran pengurangan saman hanya membabitkan saman terpilih dan bukan semua jenis saman trafik.
Katanya, tawaran pengurangan kompaun saman tidak termasuk kesalahan lalu lintas bagi tahun 2023 membabitkan saman kemalangan, kes mahkamah berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan dan kesalahan tidak boleh dikompaun (non compoundable) atau NC.
"Orang ramai digalakkan membuat semakan awal saman yang dimiliki terlebih dahulu melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM sebelum hadir ke kaunter bayaran saman.
"Ini bagi mengelakkan kesesakan di lokasi dan seterusnya melancarkan proses pembayaran saman," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah beliau, kaunter semakan dan pembayaran saman akan dibuka bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang pada 8 Disember (Jumaat) dan dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada 9 dan 10 Disember (Sabtu dan Ahad).
https://www.bharian.com.my/berit ... hun-kerajaan-madadi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|