CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8420|Reply: 0

EPL: West Ham tambah derita Spurs

[Copy link]
Post time 9-12-2023 01:51 PM | Show all posts |Read mode
EPL: West Ham tambah derita Spurs

BOWEN (kiri) dan Ward-Prowse meledak gol untuk membantu West Ham bangkit menewaskan Spurs pada aksi awal pagi semalam. - AFP



LONDON – Pengendali West Ham, David Moyes percaya anak-anak buahnya telah mempamerkan kualiti untuk menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 di laman lawan dalam usaha terus mendaki carta Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pada perlawanan itu, skuad The Hammers bangkit daripada ketinggalan 0-1 hasil jaringan Jarrod Bowen dan James Ward-Prowse sekali gus menghadiahkan kekalahan keempat berturut-turut buat Spurs.

Kata Moyes, kemenangan yang diraih adalah hadiah buat kesetiaan penyokong selepas gagal mempamerkan prestasi konsisten pada awal musim ini dan hanya menemui rentak pada beberapa perlawanan terakhir.

“Saya harap keputusan ini dapat dijadikan sebagai pemangkin semangat buat pasukan untuk tampil lebih cemerlang pada masa akan datang kerana bukan mudah menewaskan Spurs yang begitu hebat musim ini.

“Kita jarang mendapat peluang beraksi pada perlawanan epik dan saya anggap keputusan ini adalah salah satu daripada kemenangan terbesar yang kita raih. Harapan sudah tentu untuk melonjakkan tahap keyakinan pasukan kami,” katanya.

Sementara itu, pengurus Spurs, Ange Postecoglou menyifatkan kegagalan anak-anak buahnya menyudahkan peluang terhidang menjadi punca utama kekalahan yang diraih pada aksi kali ini.

“Saya tidak mahu pemain kecewa dengan keputusan semasa tetapi harus diakui prestasi merudum pasukan ketika ini adalah berpunca daripada kegagalan kita menyudahkan peluang keemasan.

“Namun, perjalanan masih panjang dan apa sahaja boleh berlaku,” kata pengendali import dari Australia itu. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ambah-derita-spurs/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.575225 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list