CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3543|Reply: 0

Persembahan yang hebat - Guardiola

[Copy link]
Post time 11-12-2023 10:17 AM | Show all posts |Read mode

GREALISH menjaringkan gol kemenangan City. FOTO AFP

Luton: Manchester City membuktikan bahawa perdebatan mengenai zaman kejatuhan mereka adalah masih terlalu awal apabila penyandang juara itu merapatkan jurang kepada empat mata di belakang pendahulu Liverpool.

Kemenangan 2-1 ke atas Luton Town amat diperlukan dan ia adalah yang pertama selepas lima perlawanan liga.

City, tanpa mesin gol Norway mereka, Erling Haaland yang diketepikan kerana masalah kecederaan dan mereka ketinggalan pada separuh masa pertama.

Suasana di Kenilworth Road riuh rendah selepas Elijah Adebayo menanduk masuk gol Luton pada masa kecederaan sebelum rehat.



Tetapi Bernardo Silva dan Jack Grealish menjaringkan gol selang tiga minit untuk mengekalkan penyandang juara itu di tempat keempat dengan 33 mata.

"Persembahan hebat selepas apa yang berlaku dalam keputusan (baru-baru ini)," kata pengurus City, Pep Guardiola kepada BBC.

"Kami melepaskan gol pada minit terakhir separuh masa pertama. Ia adalah ujian yang sangat baik dan para pemain bertindak balas seperti yang mereka perlu."

Empat mata memisahkan empat pasukan teratas dengan Liverpool (37) di puncak selepas kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace pada hari Sabtu, manakala Arsenal (36) di tempat kedua selepas kalah 0-1 kepada Aston Villa, yang menghuni tempat ketiga (35).

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ang-hebat-guardiola
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.046034 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list