CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3756|Reply: 0

EPL: Arteta salahkan angin punca Arsenal tewas

[Copy link]
Post time 11-12-2023 10:28 AM | Show all posts |Read mode

ARSENAL gagal mempertahankan kedudukan teratas EPL selepas menanggung kekalahan kepada Villa awal pagi semalam. - AFP

BIRMINGHAM – Arsenal terlepas cengkaman selaku pendahulu saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas 0-1 kepada Aston Villa pada perlawanan yang berlangsung di Villa Park awal pagi semalam.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan John McGinn seawal minit ketujuh meranapkan hasrat The Gunners untuk terus memimpin saingan liga apabila kedudukan itu dipintas Liverpool yang menewaskan Crystal Palace.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta dianggap memberikan alasan tidak masuk akal atas kekalahan tersebut apabila menjadikan angin sebagai punca mengapa pemain-pemainnya gagal untuk melakukan sebarang jaringan.

“Saya fikir keadaan di stadium hari ini (semalam) sedikit berangin kerana anda semua boleh tengok banyak hantaran yang tidak tepat. Selain itu, ia menyebabkan pemain-pemain sukar untuk mengawal bola.

“Itu sekadar pendapat saya, mungkin pemain-pemain itu sendiri perlu memperbaiki ketajaman mereka ketika di depan gol. Bagaimanapun, saya terima kekalahan ini dan bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa Villa merupakan salah satu pencabar takhta liga pada saingan musim ini apabila mereka hanya dibezakan dua mata dengan Liverpool ketika ini.

“Sesiapa yang sentiasa mencatat kemenangan pada setiap minggu layak untuk berada di kelompok teratas. Bagi saya, mereka (Villa) boleh dianggap sebagai salah satu pencabar untuk kejuaraan liga,” tambah Arteta. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... unca-arsenal-tewas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.136851 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list