CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9190|Reply: 0

FAM masih percaya kepakaran PSM, aksi lawan Oman kekal di SNBJ

[Copy link]
Post time 11-12-2023 04:33 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan padang SNBJ sebelum aksi final Piala Malaysia Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap percaya kepada kepakaran Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam memastikan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dapat berada dalam keadaan terbaik bagi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala 2027 selepas konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Mohd Firdaus Mohamed menjelaskan, PSM sudah pasti mendapat pengajaran daripada dua insiden yang berlaku sebelum ini dan badan induk itu juga mahu skuad Harimau Malaya terus beraksi di gelanggang keramat itu, Mac ini.

"Kami masih percaya pada PSM kerana selepas dua insiden ini, ada sesuatu untuk mereka pelajari di situ. Sudah tentu skuad kebangsaan ingin beraksi di depan penyokong di SNBJ yang masih menjadi gelanggang bertuah kami.



Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Mohd Firdaus Mohamed.

"Saya fikir perkara ini (padang rosak) tidak akan berulang sebab mereka mempunyai tempoh sebulan untuk memastikan padang itu dalam keadaan terbaik. Buat masa ini, kami kekal untuk menggunakan venue terbabit (untuk aksi kelayakan).

"Banyak lagi alternatif lain termasuk di Johor dan Terengganu jika apa-apa berlaku tetapi makluman awal akan dibuat selepas kita meneliti keadaan semasa," kata Firdaus.

Terdahulu, persoalan timbul sama ada padang SNBJ sekali lagi akan menjadi 'mangsa' susulan penganjuran konsert sekali gus mengulangi 'dejavu' ketika final Piala Malaysia 2023, Jumaat lalu.

Ini selepas stadium terkemuka negara itu akan menganjurkan konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran pada 24 Februari dan stadium sama dijangka menjadi venue untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Malaysia menentang Oman, 26 Mac nanti.

Garis masa ini pasti menguji kemampuan PSM bagi memastikan padang benar-benar berada pada tahap terbaik dalam tempoh kira-kira sebulan antara dua acara terbabit.

Bagaimanapun, jika padang SNBJ rosak teruk, FAM masih boleh mengambil langkah alternatif dengan menganjurkan aksi kelayakan itu di venue lain seperti di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) ataupun Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).
https://www.bharian.com.my/sukan ... -oman-kekal-di-snbj
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.097714 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list