CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6205|Reply: 0

EPL: Chelsea terlalu banyak kelemahan

[Copy link]
Post time 12-12-2023 12:43 PM | Show all posts |Read mode

POCHETTINO mengakui prestasi buruk yang dihadapi Chelsea ketika ini adalah berpunca daripada ketumpulan jentera serangan. - AFP

LONDON – Pasukan Chelsea kembali bergelut dengan prestasi selepas tewas dua perlawanan berturut-turut apabila dikecewakan Everton 0-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Goodison Park kelmarin.

Pengendali The Blues, Mauricio Pochettino mengakui banyak kelemahan ketara yang ditampilkan oleh barisan pemainnya ketika dengan ketumpulan jentera serangan menjadi punca utama pasukan gagal raih kemenangan.

Kata Pochettino, sukar untuk mana-mana pasukan untuk mengutip tiga mata penuh sekiranya barisan pemain gagal menjaringkan gol sepanjang 90 minit perlawanan.

“Saya rasa kita gagal jaringkan gol dan disebabkan itu pasukan tewas. Di atas padang, jelas kami mendominasi perlawanan, tetapi jika setiap gerakan menarik tidak berjaya diterjemah kepada gol, segalanya tidak bermakna.

“Selain itu, saya lihat pemain juga tidak begitu positif dan agresif dalam usaha melakar kemenangan. Malah, kealpaan di benteng pertahanan juga menyebabkan pasukan dibolosi gol yang sepatutnya boleh dielakkan,” katanya.

Sementara itu, pengendali kelahiran Argentina itu turut mengesahkan nasib pasukan bertambah malang apabila tiga tonggak utama, Robert Sanchez, Reece James dan Marc Cucurella mengalami kecederaan serius.

“James dilihat mengalami kecederaan hamstring tetapi buat masa ini kami tidak tahu sama ada ia serius atau sebaliknya. Sanchez pula mengakui ada kecederaan lutut sementara Cucurella terseliuh dan disebabkan itu mereka terpaksa dikeluarkan,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... u-banyak-kelemahan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.232648 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list