CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6066|Reply: 0

[Kelantan] 'Kita tidak akan ke mana kalau bermusuh dengan Kerajaan Pusat' - Mohd Azizi

[Copy link]
Post time 13-12-2023 02:25 PM | Show all posts |Read mode

AHLI Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim menjelaskan mana-mana parti atau Ahli Parlimen yang bermusuh dengan Kerajaan Persekutuan tidak akan mampu ke mana-mana terutama dalam konteks membantu rakyat.

Beliau yang sebelum ini menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan yang dibuatnya sebelum ini juga untuk membantu rakyat.

"Saya kena terima hakikat, lebih atau hampir separuh pengundi di Gua Musang adalah peneroka, yang kebergantungannya kepada Kerajaan Persekutuan.

"Antara sebab saya menyokong, saya perlu akses untuk masuk ke agensi-agensi persekutuan supaya kita tahu apa ada untuk membantu rakyat.



"Ini kerana masih ada rakyat tak tahu apa manfaat yang mereka dapat sebagai rakyat," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini.

Ditanya tindakan yang dikenakan oleh Bersatu terhadap beliau, Mohd Azizi berkata, tiada sebarang tindakan setakat ini.

"Walaupun sudah dua kali berlangsung mesyuarat kepimpinan tertinggi, namun tidak ada tindakan daripada parti atas tindakan saya.

"Setakat ini tiada satu pun pernyataan ataupun dokumen rasmi mengatakan saya dikenakan tindakan sama ada melalui perbincangan rasmi dan tak rasmi selain tidak ada arahan untuk saya menarik balik sokongan itu.

"Kita wakil rakyat, nama lagi wakil, jadi pada saya politik kita tolak ketepilah, sekarang ini masa untuk, berkhidmat untuk rakyat. Saya tidak lompat parti, dan kita ada akta lompat parti," katanya.

November lalu, Ahli Parlimen Gua Musang itu mengisytiharkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkembangan ini selepas dua Ahli Parlimen Bersatu masing-masing dari Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, masing-masing melakukan perkara sama sebelum ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-pusat-mohd-azizi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.041572 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list