CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10405|Reply: 0

[Selangor] Lakonan semula di lokasi berdasar keterangan dua saksi kanak-kanak

[Copy link]
Post time 14-12-2023 04:33 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN Forensik PDRM meninggalkan perkarangan Apartment Idaman Damansara Damai selepas selesai membuat siasatan susulan penemuan mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin. FOTO Asyraf Hamzah

Petaling Jaya: Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bukit Aman selesai melakukan 'lakonan semula' (reconstruct) berdasarkan keterangan dua saksi kanak-kanak yang baru dikesan, di sekitar Apartmen Idaman, di sini, hari ini.

Tinjauan mendapati, lakonan semula yang bermula sejak pagi tadi selesai jam 3.30 petang, bagi membantu kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Difahamkan, lakonan semula dijalankan berdasarkan keterangan dua saksi kanak-kanak yang juga rakan mangsa masing-masing berusia enam dan sembilan tahun.

Ia bagi mengesan sekiranya ada bukti-bukti baharu yang bermula dari anak tangga Blok R hingga menuju ke anak sungai lokasi mangsa ditemui.



Terdahulu, polis berjaya mengesan dua lagi saksi kanak-kanak menerusi penyaringan beramai-ramai (mass screening) yang dijalankan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilapor berkata, setakat ini pihaknya sudah mengambil 86 keterangan dan akan ada lagi keterangan yang diambil sekiranya perlu.

"Setakat ini kita sudah memperoleh 238 sampel DNA dengan tambahan 10 sampel," katanya dipetik.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-saksi-kanak-kanak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.053650 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list