CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3682|Reply: 0

[Kelantan] Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,366

[Copy link]
Post time 16-12-2023 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,366


Hidayatidayu Razali
[email protected]



Sebahagian penduduk meredah banjir untuk ke tempat yang lebih selamat selepas kawasan kediaman dinaiki air di Kampung Guchil 7 semalam. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR




Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,366 orang setakat 8 pagi ini susulan tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Kesemua mangsa daripada 374 keluarga itu berlindung di 21 PPS di empat daerah iaitu di Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas dan Machang.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan, mangsa banjir paling ramai adalah Kuala Krai sejumlah 581 orang daripada 217 keluarga berada di lapan PPS.

Jajahan Tanah Merah pula, seramai 418 orang mangsa daripada 122 keluarga berada di lapan PPS, diikuti Pasir Mas dengan jumlah 346 orang daripada 90 keluarga ditempatkan di empat PPS dan 21 mangsa daripada lima keluarga di satu PPS di Machang.

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan, Sungai Semerak di Bachok melepasi paras amaran dengan bacaan 8.44 meter (m) berbanding paras normal 6m.

Empat sungai lagi melepasi paras waspada iaitu Sungai Nal di Kuala Krai (23.6m), Sungai Kusial di Tanah Merah (12.58m), Empangan Bukit Kwong (17.29m) dan Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (2.09m).



Disiarkan pada: Disember 16, 2023 @ 8:57am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 10:58 AM GMT+8 , Processed in 1.280012 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list