|
Pemain Real Madrid, Jude Bellingham (kiri) menjaringkan gol ketika aksi La Liga menentang Villarreal di Santiago Bernabeu, Madrid. - Foto REUTERS
Next
MADRID: Real Madrid menewaskan Villarreal 4-1 untuk melonjak ke tangga teratas la Liga, tetapi kemenangan itu dibayangi kecederaan lutut pertahanannya, David Alaba.
Skuad kendalian Carlo Ancelotti kini satu mata di depan pasukan kerdil Catalan, Girona, yang akan melayan kunjungan Alaves malam ini untuk kembali merampas takhta liga.
Penjaring terbanyak La Liga, Jude Bellingham memecah kebuntuan untuk gol liga ke-13 dirinya musim ini sebelum Rodrygo Goes menggandakan kedudukan buat Madrid.
Villarreal merapatkan jurang menerusi Jose Luis Morales, tetapi Brahim Diaz menjaringkan gol hasil gerakan solo dan Luka Modric memastikan kemenangan pada perlawanan terakhir di laman sendiri tahun ini.
Kegembiraan Madrid dibayangi kecederaan Alaba, yang memerlukan pembedahan dan bakal menyertai Thibaut Courtois, Eder Militao dan Eduardo Camavinga - semuanya mengalami kecederan lutut - serta pemain sayap, Vinicius Junior, dalam senarai kecederaan.
"Saya rasa kami melakukannya dengan baik, ia salah satu perlawanan terbaik kami," kata Ancelotti yang menaruh kepercayaan kepada Bellingham untuk memainkan peranan di bahagian serangan musim ini.
Pemain 20 tahun itu menjaringkan gol ke-17 dirinya dalam semua pertandingan musim ini. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-liga-alaba-cedera |
|