CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4561|Reply: 0

Akibat serang pengadil, Man City didenda RM712,000

[Copy link]
Post time 19-12-2023 10:47 AM | Show all posts |Read mode

PEMAIN City Mateo Kovacic (kiri) dan Haaland dilihat berang dengan keputusan Hooper pada perlawanan menentang Tottenham 3 Disember lalu. FOTO AFP

London: Manchester City didenda £120,000 (RM712,000) selepas pemain mereka mengepung pengadil, Simon Hooper pada hujung permainan ketika seri 3-3 dengan Tottenham awal bulan ini.

Hooper menghentikan permainan bagi memberikan tuan rumah sepakan percuma, walaupun sebelum itu sudah menunjukkan isyarat meneruskan permainan selepas Emerson Royal mengasari Erling Haaland.

Haaland dapat bangkit semula dan melakukan hantaran jauh yang cantik kepada Jack Grealish tetapi Hooper tiba-tiba meniup wiselnya sekali gus membantutkan serangan Man City.

Situasi itu mencetuskan reaksi berang daripada pemain City terutamanya membabitkan penjaring terbanyak mereka, Haaland.



Haaland menunjukkan kekecewaannya sekali lagi selepas tamat perlawanan dan kemudiannya meluahkan perasannya di laman media sosial X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Persatuan Bolasepak (FA) England kini mendenda City selepas kelab itu mengakui pemain mereka berkelakuan tidak sepatutnya.

"Manchester City FC telah didenda £120,000 (RM712,000) selepas pemain mereka mengepung pegawai perlawanan pada perlawanan Liga Perdana menentang Tottenham Hotspur FC pada Ahad 3 Disember.

"Manchester City FC mengakui mereka gagal memastikan pemain mereka berkelakuan tidak sepatutnya pada minit ke-94.

"Suruhanjaya kawal selia bebas mengenakan hukuman ini selepas proses perbicaraan," kata kenyataan FA.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ty-didenda-rm712000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.065914 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list