CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27119|Reply: 0

[Kelantan] Rumah rosak akibat lama 'terendam' banjir termenung

[Copy link]
Post time 23-12-2023 05:40 PM | Show all posts |Read mode

Lukman Haki menunjukkan salah sebuah rumah penduduk yang dilanda banjir hampir sebulan ketika ditemui sebulan di Kampung Tersang. - Foto NSTP/Syaherah Mustafa

RANTAU PANJANG: Pemilik rumah kayu yang menjadi mangsa banjir termenung meluahkan rasa sedih kerana kediaman mereka rosak akibat 'terendam' air selama hampir sebulan.

Tinjauan ke beberapa penempatan seperti Kampung Tersang, Kampung Kusar, Kampung Padang Licin dan Kampung Putat Tujuh, di sini, mendapati air masih bergenang di kawasan kediaman mereka walaupun paras banjir semakin surut.

Penduduk, Lukman Haki Che Ali, 22, berkata dia baru sahaja pulang melihat keadaan rumahnya yang ditinggalkan lebih seminggu lalu susulan dinaiki banjir dan mendapati, beberapa papan di lantai rumah tercabut dibawa arus banjir.

"Setiap kali kampung saya dilanda banjir, pasti ada sahaja kerosakan sebegini memandangkan kediaman saya rumah kayu lama. Pada bah besar tahun lalu, dinding serta pintu rumah turut tercabut.



"Rumah ini hanya didiami saya serta ayah, Che Ali Che Mud, 71, dan kami hanya melakukan kerja kampung untuk menampung kehidupan seharian. Apabila berlaku kerosakan begini setiap kali banjir, ia benar-benar membebankan kami.

"Selepas kediaman saya sering dilanda banjir besar sehingga menenggelamkan keseluruhan rumah, saya langsung tidak membeli perabot, malah baju disimpan di dalam almari yang dibina sendiri menggunakan kayu terbuang," katanya ketika ditemui di Kampung Tersang, di sini, semalam.

Sementara itu, Maznah Saad, 52, berkata lantai papan rumahnya sudah 'membengkak' akibat terlalu lama ditenggelami air menyebabkan dia sendiri takut untuk memijaknya kerana risau ia akan patah memandangkan rumahnya agak tinggi.

"Bukan saya tidak mahu bina rumah baharu tetapi tak mampu memandangkan saya dan suami masing-masing bekerja sebagai penoreh getah sahaja. Sekarang pun, kami kehilangan punca pendapatan selama beberapa bulan akibat musim tengkujuh.

"Kalau dah setahun hampir tiga hingga empat kali banjir melanda, rumah yang masih kukuh juga berkemungkinan rosak, apatah lagi rumah papan ini. Sejak dahulu pun, memang kampung saya dilanda banjir tetapi tidak pernah mencecah ke bahagian dalam rumah.

"Namun sejak dua tiga tahun ini, bah melanda sehingga rumah saya yang tingginya lebih satu meter turut dimasuki air. Tiada apa saya boleh katakan, hanya reda dan berdoa semoga tiada lagi banjir besar selepas ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... am-banjir-termenung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.725049 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list