CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6935|Reply: 0

[Kelantan] Masjid berusia 52 tahun tenggelam kali kedua

[Copy link]
Post time 24-12-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Masjid berusia 52 tahun tenggelam kali kedua


Oleh Hazira Ahmad Zaidi - Disember 24, 2023 @ 9:58am   [email protected]




Tingkat bawah Masjid Mukim Chenulang, Kuala Krai ditenggelami banjir setinggi dua meter susulan limpahan Sungai Pertang sejak awal pagi tadi. - Foto ihsan Mohd Adnan




KUALA KRAI: Dalam tempoh kurang dua minggu, tingkat bawah Masjid Mukim Chenulang ditenggelami buat kali kedua berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Tok Siak Masjid Mukim Chenulang, Mohd Adnan Mat Husin berkata, limpahan Sungai Pertang menyebabkan masjid berusia 52 tahun itu ditenggelami banjir setinggi dua meter.

Katanya, pada jam 4 pagi tadi, perkarangan masjid mula dinaiki air sehingga menenggelamkan tingkat bawah masjid, namun tidak ada peralatan yang rosak disebabkan sudah bersiap sedia sepanjang musim tengkujuh.
"Pada 14 Disember lalu, masjid sudah ditenggelami banjir dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid sudah membuat persiapan awal dengan menyimpan karpet.

"Ia bagi mengelakkan kerugian seperti bah kuning yang melanda pada 2014 apabila banjir menenggelamkan keseluruhan masjid.

"Kedudukan masjid yang terletak hanya kira-kira 100 meter (m) dari Sungai Pertang menyebabkan Masjid Mukim Chenulang sering dilanda banjir akibat limpahan air sungai pada setiap musim tengkujuh," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Adnan berkata, AJK masjid lazim membuat persediaan dari seawal Oktober yang dianggap permulaan musim tengkujuh.

"Kami akan bergotong-royong memindahkan semua barang di tingkat bawah, terutama karpet, ke tingkat atas supaya tidak rosak akibat banjir.

"Masjid Mukim Chenulang digunakan oleh penduduk membabitkan empat kampung iaitu Kampung Chenulang, Kampung Limau Madu, Kampung Dusun Bang, Kampung Pasir Jering, dan Kampung Kebun Pisang.

"Masjid ini boleh memuatkan lebih 300 jemaah untuk menunaikan solat Jumaat dan sembahyang fardu lima waktu, pada satu-satu masa," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.040486 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list