CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14379|Reply: 0

Kereta Ferrari, jam tangan RM1.79 juta hadiah kelab Arab Saudi sempena Krismas

[Copy link]
Post time 26-12-2023 01:34 PM | Show all posts |Read mode

Bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo boleh meneruskan gaya hidup mewahnya di Arab Saudi tanpa perlu memenangi kejohanan besar. - Foto AGENSI

RIYADH: Kelab-kelab bola sepak ternama di Arab Saudi memberikan hadiah lumayan kepada pemain-pemain bintang mereka setiap kali tiba perayaan Krismas - sebagai tanda terima kasih.

Selain jam tangan berjenama bernilai mencecah 300,000 pound (RM1.79 juta), kelab Liga Pro Saudi turut memberikan kereta Ferrari SF90 Spider, Bugatti dan Lamborghini kepada pemain-pemain mereka.

Ketika Liga Pro Saudi semakin berkembang dan cuba menarik lebih ramai bintang Eropah ke negara Timur Tengah itu, pemilik-pemilik kelab akan cuba mengekalkan bintang sedia ada dan hadiah sempena musim perayaan adalah imbuhan terbaik buat pemain seperti Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema.


Bintang Al-Ittihad, Karim Benzema (tengah) bakal menambah koleksi kereta mewahnya. - Foto AGENSI

Kelab-kelab turut menawarkan pakej percutian mewah ke Paris, London dan kepulauan Maldives kepada pemain serta kakitangan kelab.

"Untuk percutian ke Paris, mereka menawarkan percutian seminggu dengan bilik mencecah 15,000 pound (RM89,440) semalaman di Paris Four Seasons Hotel George V," kata ejen yang bertanggungjawab menyediakan pakej percutian kepada kelab-kelab berkenaan. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... -arab-saudi-sempena
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.050119 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list