CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2959|Reply: 0

Masa depan Ten Hag di tangan Ratcliffe

[Copy link]
Post time 28-12-2023 12:32 PM | Show all posts |Read mode

Pengendali Manchester United, Erik ten Hag mengalu-alukan ketibaan pemilik baharu kelab. - Foto AFP

MANCHESTER: Manchester United perlu mendapatkan persetujuan Jim Ratcliffe jika mahu memecat Erik ten Hag atau membeli pemain baharu.

Pemilik INEOS itu mengambil alih operasi di Old Trafford selepas mengumumkan pembelian 25 peratus saham United pada Krismas lalu.

Proses pengambilalihan kelab akan memakan masa empat ke enam minggu dan sepanjang tempoh berkenaan, Ratcliffe mempunyai kuasa dalam menentukan pembelian pemain pada jendela perpindahan Januari atau memecat pengendali, Ten Hag serta pengarah bola sepak, John Murtough.

Murtough dijangka akan melepaskan jawatannya, tetapi bakal diberi peranan lain di kelab berkenaan.



Kedudukan Ten Hag juga menjadi tanda tanya menjelang ketibaan Ratcliffe, namun pengendali dari Belanda itu menunjukkan isyarat positif apabila skuadnya bangkit menewaskan Aston Villa 3-2 di hadapan pengarah sukan INEOS, Dave Brailsford di Old Trafford.

Selepas perlawanan, Ten Hag mengalu-alukan pengumuman pembelian saham kelab oleh Ratcliffe.

"Saya tidak rasa ia akan memberikan impak kepada pemain-pemain. Saya dimaklumkan sepenuhnya berkenaan proses itu, jadi saya tahu apa yang sedang berlaku.

"Kami mengalu-alukannya. Saya rasa ia satu langkah positif untuk kelab dengan kehadiran mereka.

"Mereka mempunyai pengalaman di peringkat tertinggi dalam sukan - Formula Satu, pasukan berbasikal, kelab-kelab bola sepak. Mereka mampu membantu kami mencapai sasaran. Kami sedia bekerjasama," kata Ten Hag. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... di-tangan-ratcliffe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.047238 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list